Mawar Berduri

896270

4 Wanita Mulia~~
Rasulullah s.a.w bersabda:
``Ada empat wanita mulia yang juga penghulu segala wanita, mereka itu ialah Asiah binti Muzahim (Isteri Firaun), Maryam binti Imran (Bonda Nabi Isa a.s), Khadijah binti Khuwalid (Isteri Rasulullah s.a.w) dan Fatimah binti Muhammad ( Puteri kesayangan Rasulullah s.a.w)``
~HR.Bukhari~

26 Nov 2013

Antara cinta dan cita

Assalammualaikum..
Fuhh! Setelah sekian lama tak update blog,rasa berhabuk seketika.huhu, ye la zaman yang serbah boleh ni.semua sudah jadi mudah.teknologi suda kuasa dunia kini.facebook,twetter,intagram dll ..so, agak terbiar sedikit ms blogger.com ku..huhu...apa yg boleh di kongsi setakat ni..hmmm, terasa seketika d usia remaja..oppsss! Status masih bujang ok..hehe, apapun usia tidak penting, namun pengalaman sepanjang dewasa ini bnyak mengajar erti hari tua..yah, diri akan semakin tua dimana tempat asal usul kita kembali..dalam tidak sedar, usia remaja yang ku puja selama ini sudah berlalu.oh berlalu..indahnya usia remaja ni..tiada penyesalan bg ku...kini aku sedang melalui usia dewasa.ketabahan dn kemantapan iman wajib di persiapkan,bukan lagi satu sandiwara.bukan lagi masa bergurau senda.tetapi masa untuk melakar cita cita..antara cinta dan cita.biasanya akan menjadi beban buah fikiran.namun,kemana kan ku lari,kesitu jua kan kembali.inilah lumrah,tidak heranlah masyarakat sebelum ni jua pernah mengalami hal itu.masakan keluar pepatah "ibarat putaran roda" kerana itu lah, lari kan disitu jua...hmmm, hidup.kadangkala runsing jadinya, namun tetap 'enjoy' kadangkala penat jadinya, namun tetap 'hero'...kan,kan,kan...huhu...
    .........................................................................................................
Kembali pada status sebenar..antara cinta dan cita-cita..
Siapa kan menjadi pilihan, cita dan cinta..
Untuk apa memilih,cita dan cinta...
Kepentingan apa yang layak, cita dan cinta...
Kenapa mesti, cita dan cinta...
Lakaran kini suda siap untuk di bentang,
Coretan demi coretan terbina,
Namun, runsing dan khuatir menjadi utama,
Kerana itulah pentingnya kuasa 'veto'
Kerana bisa berhak untuk apapun...
Keliru ini biasanya mainan syaitan
Ujian ini biasanya kasih Ilahi
Cinta ini biasanya pilihan
Memilih ini biasanya tindakan
Perbuatan ini biasanya nafsu
...............................................
Jangan lah gunda wahai hati
Kerana pilihan biasanya menjadi
Jika diri berhati-hati
Masakan Allah tidak memerhati
Walau diri sering di uji
Jatuh bangun tetap berlari...

___Yang hebat itu 'zero to hero'___
___Yang lemah itu 'up to down'___
CINTA DAN CITA BUKAN PILIHAN,TETAPI IMPIAN !!!

21 Jul 2013

setelah sekian lama

Salam Ramadhan...
Setalah sekian lama menyepi,kini berkesempatan bersua dlm blog usang ku.agak lama juga kesepian ku lakarkan.maklumla sejak begelar peniaga ni kesibukan membuak buak..
Di jadikan cerita..kini genap 8 bulan bakery ku berjalan lancar..alhamdulillah siapa sangka rezeki Allah luas terbentang..bakery ku berjaya supply roti n bun ke beberapa sekolah asrama penuh d sekitar sandakan ni.aku juga tak pernah menyangka akan hal itu,benar lah, rezeki Allah sudah siap untuk kita.hanya kita yg perlu berusaha utk dapatkan nya...ramai sahabat n kawan merasa kagum dgn bisnes aku skrg.hmm, best ke? Aku tertanya tanya diri sendiri.iika d ingat semula, sakit ku membina n memperjuangkn bisnes bukan 1 pekara mudah bgku sehinggah la kini,perjuangan ku belum selesai..apa yang aku mampu buat, usaha tawakal dan berdoa..

23 Jun 2012

Aku di coba lagi...

 Layakah persis insan seperti ku menerima cubaan ini??? [soalan ini ku fikirkan terus ]
Tp itu bukan isunya..persoalannya sekarang layakkah aku menilai cubaan yang diberi.
layakkah aku mengkritik ujian yang mendatang....aku jadi bingung dengan persoalan ku sendiri... memandangkan perkara itu sudah lepas, barulah aku berpeluang berkongsi dengan 'TEMAN BICARA' itupun selepas 2,3 minggu yg lalu....ya la,siapa lah aku untuk menilai ujian yg datang.
seperti insan lain,aku jugak pasrah dengan takdir hidupku. Sebagai anak sulung,tidak mudah tanggungjawab itu ku pikul tanpa ilmu dan iman...menghadapi setiap permasalahan yang datang dengan diri yg masih mentah dan mental yang lemah ku kuatkan juga hati rapuh menjadi kental..bermacam bentuk cubaan ku trima, sehingga kan bibir ku tak mampu mengungkap kata melainkan airmata yang terlerai...terasa sakit jiwa ku bila macam cubaan ku tempuh.terasa ingin lari ke dunia yang lain.tp apakan daya ku, kemna kan ku lari jika disinilah tempat ku menjijak bumi,di dunia inilah pertama ku lihat,dan keluarga inilah tempat ku membesar..apa guna aku brundur jika di dunia ini jugak tempat ku undur.sekalipun aku jauh berundur...samada suka atau tidak inilah dunia ku.ini lah kehidupan ku.percaya atau tidak,bumi berduri inilah yang kupijak,udara sesak inilah tempat ku menghidu nafas,dan rumah buruk inilah tempat ku berlindung dr panas hujan...kemnakan ku lari dan dimana kan ku cari ganti jika inilah tempat ku....
Terimalah segalanya wahai insan yang pasrah


..:: Allah tidak menguji mu di luar kemampuan mu ::..

5 Mei 2012

Bicara Hati

sejak akhir-akhir ini aku seperti tidak ada semangat dlm mengejar pelangi...hati ku bosan dengan jalan yang berliku.turut hampa dengan dunia asing... aku jadi bingung mengenangkan nasib..belum tentu jalan bahagia ku temui kelak...ah! kuasa Tuhan tiada siapa yg tahu...selebihnya ku serahkan saja pada yg kuasa, yg mentadbir alam yang berhak atas semua yang batil...
Apa pun, perjuangan harus di teruskan..cita-cita dalam mengejar pelangi harus di gapai..kuat dan tabah adalah resepi utamanya. ayuh kawan! kuatkan hati..berlarilah tanpa jemu.....

2 Apr 2012

dunia Asing

dunia asing itu tidak lagi asing bagi ku kini...zaman berubah begitu cepat! ah, ingin menjerit siapa yg dengar..bersabar la wahai hati..hanya ungkapan itu mampu terlafaz...
teringat kembali zaman persekolahan..hehe;p
banyak yang manis, blh jadi gila bila mengenangnya, asyik tersenyum dn ketawa bersorngan..
zaman belajar dulu pun apa kurangnya, walaupun banyak yg mencabar muncul dalm hidup. namun di harungi dengan senyuman..hehe;p indahnya hidup!
sekarang semua sudah berubah, dulu tidak lagi sama seperti yg kini..seperti dunia asing bagi ku. tapi apakn daya ini lah kenyataan hidup...benar la kata orang tua2. keindahan hidup remaja hanya akan dinikmati sekali seumur hidup, jadi hargailah umur remaja itu sebaiknya, manfaatkn umur itu sehabis baik...kerana, usia remaja sgt berbeza bila menjelang usia dewasa..
tapi tidak bermakna usia dewasa ini tidak seronok..keseronokan itu akn dinikmati bila ada kemanisan bribadah.hanya ibadah dpt memaniskn perjalanan hidup...
cuma kini harus lebih serius, segala yg dperlakukan mesti ada matlamat dn tujuan hidup..
tiada lagi dunia mencuba. yang ada hanya keputusan yang tepat..jika baik niatnya, baik lah jadinya dan jika buruk niatnya maka buruklah jadinya..
so???
apa tunggu lagi kawan, keputusan d tangan anda. ayuh,bangkit! maju dan terus maju..!

p/s : mesej disampaikan untuk diri sendiri ^_^

26 Jan 2012

LUPA KAH KAU

hiba kembali lagi, saat ini tercari2 kemana cintaNYA, kemna KasihNYA. aku blh kata, ''bukan ini pinta ku'' tp aku lupa ini lah kehendakNYA, seburuk2 pandangan manusia sstu prkara adalh sebaik2 yg DIA berikan..

lupakah kau janjiNYA pd mu?
lupakh kau nikmatNYA pd mu?
lupakah kau semua yg trjadi kehendakNYA?
lupakah kau kuasa yg brhak keatas hati mu adlah DIA?
lupakah kau segala2nya adalah kebaikan buat mu?

kau lupa kuasa Allah keatas mu....


jangn di sangka sakit yg datang adalah racun dlm hidup mu,
jangan di sangka sihat yg diberi adalah nikmat dlm hidup mu,
jangan di sangka kebencian bt mu adalah musibah mu,
jangan di sangka kesukaan mu adalah kebahagian mu..

siapa sangka kuasa KUN FAYAKUN akan membuat mu tersenyum indah?


usah di fikirkan hati mu yg runsing wahai insan.
kembalilah ingat pd cinta Agung yg memberi mu nikmat
milik kita adalah milik Allah SWT yg mnjadikan hati2 setiap manusia
itupun jika kau ingat pd siapa kau akan kembali!

''Allah tidak menguji mu di luar batas kemampuan mu,
muhasabah lah wahai hati yang duka''



13 Dis 2011

hati resah!

resahnyer hati ini Allah jer yg tahu..xtau nk mula dr mna.tp yg pasti jiwa ku tgh kacau,kacau! ah!!! aku rasa mcm nk mnjerit! yaAllah tlg hambah ya Allah!
kata org, x kenal maka x cinta..aku jadi bingung ngn situasi ini..haruskn aku menamatkn zaman bujang ku pd insan yg x ku kenal! oh Tuhan...hati ku bingung..di zaman serbah canggih ini sgt mudah utk kita mengenali antra satu sma lain..internet,FB,telifon,msg dll sgalanya d hujung jari..tp kenapa aku harus sekat semua kemudahn itu utk mngenalinya??? aku jadi bingung, jujur aku katakn aku xnk hati ini mgharap..itu salah 1 fktor aku sekat kemudahan itu...yaAllah! aku buntu, aku xtau nk buat apa. apa yg trbaik utk aku??..aku bingung! aku hanya mampu brdoa.....
setelah itu, aku pasrahkn jua hati ini pada takdir hidup ku..aku terima segala yg dtg dlm hidup ku dgn hati redha..namun, jauh d sudut hati ini timbul kerisauan yg amat dlm..risau untk menentukn antra hidup dn mati!(bg ku)
yah, mmg sulit..trlalu sulit untk aku katakn..tp hati ku suda x tahan lagi! x tahan utk mnyimpan resah,gunda gulana nie...perbagai perkara negetif muncul dlm fikiran nie..airmata suda kering utk prkara sebegini! ya Allah, bantu hamba dlm kesulitan, keluark hamba dlm gelombang sakit ini yaAllah! tolong hamba...

12 Nov 2011

lama tidak bersua

hujung minggu macam nie baru lah ct berpeluang mghadap laptop ku yg dikasihi..hehe;p
sedar x sedar suda sebulan ct berkhidmat di salah sebuah tabika kemas..mm, mnjadi sorng guru bukan lah perkara yg mudah bagi ct..walaupun rata2 murid yg ada trdiri dr klangan kanak2 brumur 5-6 thun. tapi telatah mereka perlu ada kesabaran dlm mndidik mereka..huhu;p bunyik macam susah jer keja nie..tp x lah sesusah mna pun..jika d bandingkan mngajr di sekolah rendah atau mnengah..
jika di ceritakn prjalanan hidup nie, macam2 benda berlaku..ibarat air sungai yg x pernah berhenti mngalir...sungai akn mngalir dn terus mngalir..begitulah hidup, setiap perjalanan akan terus bergerak sehinggah lah nyawa bercerai dgn jasad..baru lah perjalanan hidup ni akan trhenti..dunia fatamorgana!

setiap yg berlaku ada kebaikanya ada hikmahnya..maka bersabarlh duhai hamba Allah!
teruskn berusaha dn terus berlari.berlarilah tanpa henti...



12 Sep 2011

busineszZZ Women!

jika diberi peluang, ct teringin buka bisnes berasas kn bakery.tu angan2 kecik la, lau yg terbesar ckt ingt nk bukak islamic hotel..perh! tggi betol angan2..hehe;p apa salahnya kn berangan2 dlu..mna tau Allah bg ruang n rezki Allah makbul kn..amin~
tu la kn, tinggi betul angan2..mmm!
sekarang nie pun ct dlm perancangan utk ke tahap tu, tp untk masa terdekat nie masi belum ada rezki..rezki tu Allah akn bg.ct percaya tu, lambat atau cepat jer mnjadi penentunya itu pun terpulang pd si jasad menjayakanya...
buat masa nie, ct kene plan untuk kerja selama setahun dua nie, wat kumpul modal. nk wat pinjaman pun sekarang nie kena ada tapak dlu baru bank nk bg pinjaman. klo pinjaman ahLong tu dpt la cepat..tp tu bukan jln terbaik...xpek la, skrg nie kumpul modal dlu. dpat modal dlm 10 ribu pun insyaAllah cukup. org tua2 pena berckp.
''bersakit2 dahulu, bersenang2 kemudian''

nk cari pelabur?? pun kena ada tapak gak, lau x sapa nk melabur! tu la, pokok pangkalnya pon, kena gak kumpul duit sendiri..

kena ada tapak kedai..sewa kedai pun zaman skrg nie sebulan dlm 3-4 ribu gak.
nk lengkapkn peralatan, mcm oven, mixer sekurang2 nya dlm 2-3 bijik..
nk kena gak beli bahan kering, mcm tepung, baking powder n lain2..kat area sabah nie, paling dekat pun ada kt K.K tp tu pun blum tentu lengkap..bnyak bahan mentah kt area semenanjung..nk tempah barang tu semua, kena pakai DUIT!

acctly, barang2 tu semua mmg senang dapat n ada kt pasaran..tp tu la kn, semuanya kena bermula dengan DUIT gak. org kata semua benda xkn jadi kalu guna air liur jerr~
mmm...

tp kn, kita jgn jdik hamba DUIT. mmg betul DUIT adlh segala2nya d zaman moden nie, tp DUIT bukan segala2 nya d mata Allah.. sambil kita mncari kesenangan duniawi, usah d lupa bekalan amalan akhirat. kerana akhirat la penentu masa depan yg hakiki!
"selamat beramal utk diri sndiri''
>,<

10 Sep 2011

Umat Islam Sentiasa Boleh!! VS penganggoran


lagu ini la kini mnjadi inspirasi ku tika mnjadi seorng penganggoran..
hmm!
''jangan buang masa,
siapa kata kita tidak boleh,
kita ada Allah Maha Kuasa,
kita punya kuasa tenaga
doa sbgai senjata..
UMAT ISLAM SENTIASA BOLH!
mungkin lagu nie telah lama di keluarkn.ttp baru skrg aku dpt hayati dalam2 makna disebalik lagu nie..
seletalah 6 bulan tamat belajar,aku mncari2 identitiku yg sebenar..klau dlu semasa d kolej aku tidak pernah terfikir untuk aku hadapi semua ini. adakah aku ingin menyambung belajar atau kerja sahaja?? semuanya mnjadi persoalan ku..aku sndiri tidak pasti keputusan apa yg perlu aku ambil..bg aku tanggungjawab aku sebagai anak mnjadi bebanan utuk aku teruskn perjuangan ku..tp itu semua adalah ujian dr NYA..aku x boleh kalah dengan ujian itu. apa pun aku harus berdiri d bumi yg nyata. aku harus berjuang seiring dengan tugasa2 ku kini..

syukurilah segalanya!
pasti ada jalan!
UMAT ISLAM SENTIASA BOLEH!

22 Ogo 2011

murabbi cinta

alhamdulillah, dalam kesibukan diri masih dberi ruang dn nafas untuk sujud merasa manisnya beribadah. kala itu, diri x terlepas dr melakukan dosa..terlalu banyak dn sgt banyak...

melihatnya hati ku terasa tenang, walau dia x pena mmbuatkn aku tersenyum..namun, jiwa imannya banyak mentarbiahkan aku..mengingatinya membuatkn aku ingat pada yg ESA.tp bukan kerana nya aku ingat DIA, namun, kehadiran nya telah merubah hati ini. syukur kerana Allah mmberi ruang dn peluang mengenalinya!

berbeza yg ini, banyak menggembirakan aku, hati ku riang mengenalinya, namun, aku jadi leka, sekelip mata aku lupa pada Pencipta Agung! subahanallah,Maha Suci Engkau yg mnjadikn hati..mohon tetapkn iman, agar tidak terus leka dengan nikmat riang gembira duniawi!...

yaAllah,
jika ini Kau tetapkan buat ku
aku mohon peliharalah daku dr sebarang noda dn dosa
moga hamba terpilih menjadi murabbi cinta AgungMU~

4 Ogo 2011

serbah salah~


kini telah masuk ramadhan yg ke 5.masa begitu cepat brlalu, saat hati sayu menempuh ramadhan pelbagai onak duri mnjadi santapan...aku jadi bingung melayan karenah sekeliling. ''di telan mati emak, di luah mati bapa'' jadi serbah salah melayan semuanya..apakan daya, kewajipan seorang anak mengikut segala kata-kata kedua orang tuanya..ini bukan lagi mnjadi lumrah, tapi 1 kewajipan.kewajipan seorng anak terhadap ibupaba...puas suda aku menurut, putih kata umi putih jugak buat ku. jika dibangkang akan mnjadi masalah besar buat ku kelak..kini aku belajar erti sabar, ikhlas setiap apa yg di beri. walau sukar, aku cuba untuk menerima segalanya dengan redha, aku cuba untuk ikhlaskan apa yang brlaku dengan jujur..memang benar, ikhlaskan hati ini sukar, bukan senang untuk kita lakukan itu, walaupun mudah untuk di lafazkan...hati kini sayu kembali. erti perjuangan yang selama ini ditanam kadangkala luntur. dalam sujud aku memohon, agar Allah kuatkan dengan iman. moga ada ruang dan jalan dalam menempuhnya...


kadangkala ini jugak silap sendiri mungkin tidak nampak, tapi hakikat sebenar segala permasaalahan berpunca dari diri sendiri..ibarat menuding jari, jari yg dituding pada orang hanya satu, namun, empat jari selebihnya kearah kita. ini membuktikan segala nya bermula dari diri sendiri...
nilailah dulu diri sendiri sebelum melihat salah orang!
hikmatun : fainnama'al usri yusro' innama'al usri yusro'....
''tiap2 yang susah ada senangnya''

moga ada ruang buat diri ini mnjadi ikhlas....

19 Jul 2011

bicara

sedar tak sedar, kjap lagi dah masuk ramadhan...fuh! hanya beberapa hari lagi, sediakah diri? ah, persoalan yg mungkin akn melemahkan aku..masakan puasa saja sudah x brtahan? bukan nya aku baru setahun jangung brpuasa? mungkin menahan lapar dan dahaga masih lagi aku mampu, namun, menahan mulut,hati,jiwa dan prgaulan ku belum tentu dapat ku lunaskan...menjaga akhlak,iman, dan ibadah juga belum pasti...''sungguh aku cari cahaya itu, buat ku sulu hari iman yg kelam''..
aku perlu kembali pada yang asal, agar aku x jatuh d bulan ramadhan, perlu cari tiang yg kukuh buat iman yang goyah!
..............................................................................................
suatu ketika aku menangis, airmata juga sudah kering untuk membasahi pipi nie, namun, hati tidak dapt berbohong atas sakit yang menimpa..hanya airmata pengubat lara.segalanya aku leraikan agar sakit ku mnjadi sikit...memang benar, kejayaan bukan seindah mimpi.hanya mimpi mampu membina sebuah kejayaan yang indah, namun hakikat sebenar, kejayaan tidak seindah itu. segala sakit jatuh bangun ku tempuh, hati ku kuatkn dengan bersabar.mimpi indah akan datang dengan perjuangan berhabisan..segala nya akn tiba! suatu saat, pasti ada!
bersabarlah, bersabarlah, bersabarlah! kata2 yang sering ku lontarkan yang mnjadi telinga ini semakin lali dengan perkataan BERSABAR..tapi, itulah hakikat..berpijak di bumi yang nyata adalah suatu perjuangan.''usah di lupa asal usul suadagar, hakikat sebenar harus dipijak berbanding mimpi indahmu''....kata-kata sang pejuang..
........................................................................................
aku masih mencari2 peluang terbaik buat diri ku..ikutkan hati mentah ku, aku sudah tidak tertahan lagi dengan perjuangan ini, kenapa orang lain mudah saja menjalani hari2 mereka dengan berkerja? kenapa aku harus begini? susah untuk aku ungkapkan. lesen perniagaan yang ku harapkan tidak la semudah yang ku bayangkan.segalanya buatkan aku berfikir lagi dan terus berfikir...ingin menyambung belajar, kaki ku sudah terikat dengan tangunggjawab sebagai anak sulung, ingin bekerja juga mnjadi halangan buatku..aku hanya mampu berdiri sebelah kaki, sedang kaki lagi satu sudah terikat dengan tangunggjawab..ah! bukan niat untuk merungut, namun hati tidak terluah dek payah dengan tanggungjawab..yaAllah, bukan hamba ingin merungut dengan takdir MU, hamba mohon kuatkn hamba dalam perjuangan ini yaAllah, moga ada sinar buat hamba kelak..amin yarobb'..
doa senjata ku memerangi nafsu muda ku,..aku tahu, aku tidak seperti yang lain, dan aku jugak tidak boleh mnjadi yang lain kerna inilah aku..hapuskan zaman bujangku dengan tangunggjawab sebagai si sulung...ya, aku redha,redha..
aku tahu, Allah sayangkn aku kerna itu aku masih bertahan sampi sekarang..''ini cuma sedikit ct''! kata-kata yang selalu bermain di minda ku..mmg benar kata-kata itu, benar sekali. ini cuma sedikit..ini lah permulaan perjuangan ku yang sebenar,
so, bersabarlah!~

sms buat ku: usah merasa ini sebgai bebanan,tapi nikmati lah ini sebagai ubat yang pahit buat penawar diri yang sakit!

14 Jul 2011

air mata


teringat zaman sekolah menengah 5 tahun yang lepas. satu hari musibah menimpah diri..jangan katakn kawan, keuarga sndiri semakin jauh..di usia remaja yang masih mentah pelbagai rasukan ku terima. baik, jahat bercampur baur. hati muda ku meronta2 ingin kn kepuasan dan ketenangan..di kala ku kesepian berhadapan dengan masalah air mata terus mengalir, memainkan peranan menabur segala duka. bibir berbicara sayu kesorangan ingin menumpang kasih tidak kesampaian, ku rela bersendirian..di keheningan malam ku mengahadapNYA memohon belas kasihan dan simpatiNYA, mungkin ada ruang kasih di situ. ternyata hati semakin tenang. bibir telah mampu mengukir senyum, hari-hari ku terukir segala keindahan hidup hanya dengan MUNAJAT MALAM!..
dewasa kini, diri semakin matang, keluarga semakin dekat, kawan-kawan semakin ramai...diri ini bahagia mensyukuri nikmat..namun, itu semua tidak menjaminkan keredhaan Ilahi..kini, ku menangis sayu. lama sudah ku meninggalkan malam munajatku hanya kerana nikmat Allah..aku leka dengan kebahagian dunia.kini semuanya hilang, tempat Allah mengadu kasih dn simpati. 5 tahun yang lepas berulang kembali...keluarga, kawan hanya dunia suka. itulah lumrah. tak terkata hati sayu mengenangkan permainan dunia. kecewa melihat dunia yang tua..mudah saja melihat pertumpahan air mata.sana sini menangis dek duka menimpa diri. setiap manusia ada musibah.itu lah dunia!
..........................................................

dunia hari ini! sana sini bertelingkahan mempertahankan hak masing2..pemimpin tidak lagi mampu bersuara, hanya bohong dan janji kosong di tabur..rakyat, masing2 punya prinsip.tetap pertahankan sampai berdarah. sana sini kata mengata..itu salah! itu betul! dia bodoh! dia pandai! kini mulut berkuasa besar dalam menegakkan maruah..yang benar terus dihina, dicaci di pukul..yang lemah hanya mampu bersuara dalam hati, menghitung hari untuk mati..yang salah kini berkuasa, dunia dalam genggaman, halal haram suda di lupa, yang ada hanya wang, pangkat dan harta!..
khuatir, sangat khuatir...bimbang dunia musnah dalam kegelapan.adaakah ini tanda hampir kiamat..teringat satu hadis:
Rasulullah s.a.w telah menjenguk kepada kami semasa kami sedang ingat mengingati satu sama lain, lalu Baginda s.a.w bertanya: "Apa yang kamu ingat mengingatkan itu?" Kami menjawab:"Kami mengingati perihal hari kiamat dan saat berlakunya"; Nabi s.a.w bersabda: "Sesungguhnya saat kiamat tidak akan berlaku melainkan setelah kamu melihat sebelumnya sepuluh alamat." Lalu Baginda s.a.w menyebut alamat atau tanda-tanda itu iaitu: Asap, Dajjal (orang yang menyembunyi dan mengubah keadaan perkara-perkara yang benar dengan perkataan dustanya atau perbuatan sihirnya) Dabbatul-Ardh, terbit matahari dari pihak masuknya (dari pihak barat),turunnya Nabi Isa anak Mariam, dan Ya'juj wa Ma'juj…"

jika benar,redhakan lah wahai hati...

Dari Ali, r.a, katanya Rasulullah s.a.w. bersabda; seseorang itu tidak menjadi mukmin sehingga ia beriman sekurang-kurangnya ia beriman kepada empat perkara, iaitu: Mengetahui dan meyakini bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan bahawa aku ialah Rasulullah yang mengutuskan aku membawa kebenaran dan percayakan mati yang memang ditetapkan masa dan caranya bagi tiap-tiap seorang , dan percayakan kebangkitan hidup semula sesudah mati serta percayakan kadar takdir yang ditentukan oleh Allah’..

hanya iman dapat menyelamatkan..



26 Jun 2011

bicara hati

lama suda menyepi, luka hati kini sukar di kata..mungkin diam pengubatnya...
bicara ku dalam hati. nie la jiwa, bila sudah sakit kata-kata memainkan peranan tangan nie laju je menaip meluah semua di hati..tapi apakan daya, terlalu sulit untuk ku katakan...itu lah hati, perlu ubat dengan sabar....
bukan niat untuk tarik simpati, tapi bila luka kembali hati sepi untuk berbicara..apakan daya, hati bertahan kerna cintaNYA..ini cara yg ESA mendidik jiwa yg kelam. hati ini terima dengan pasrah!
.....................................................................................................

bila di dengar musibah, semua orang pernah merasa musibah.bila dengar masalah, semua orang ada masalah. tiap2 yang hidup ada ujian dan cubaan..cuma hati saja boleh menilai tahap tingginya iman. hati yang kental akan bertahan dan pada yang sebaliknya akan kecundang. lambat bangun maka hancurlah luruh lah iman, bangkit kembali maka darjat sabar menanti...itulah lumrah, tiap-tiap yang susah ada senangnya. jika gigih, tekun, sabar, dan tawaduk segalanya akan menjadi mudah. itulah erti sebenar hidup..tanpa ujian diri akan leka dengan nikmat.maka Allah turunkan sedikit cubaan, biar diri muhasabah dan kembali ke jalan ALLAH...

......................................................................................................

bila dihitung nikmat dan hikmah,memang tak terhitung. terlalu banyaknya sehingga nombor2 yang ada tidak akan cukup..namun si manusia tidak pernah puas dengan anugerah diberi..mula lah, mengira terkira segala nikmat,hitung pun hitung mmg tak puas, ada saja yang kurang.ini lah manusia!! kembali lah diri,

.......................................................................................................

muhasabah kembali. sujud menghadapnya, cerita segala. "telan pahit senyum jadi manis" :))

2 Mei 2011

kepulangan dinantian~

begini lah rasanya bila yang dinanti cuma sekejap akan mnjadi lama...huh! benarlah kata pepatah ''penantian satu penyiksaan''... dan yang paling menggembirakan jiwa ini ialah akan kembali pulang ke tanah air tercinta! selama 3 tahun diri ini berjuang di medan ilmu, dan kini kembali pulang dengan laksana tanggungjawab yang bakal di pikul...mungkin inilah salah 1 cara terbaik untuk si dhaif ini membalas jasa keduaorang tua yang tercinta...apa yang penting, ilmu yang di pelajari akan ku gunakan untuk masa depan itulah cahaya buat jalan yang kelam...
seperkara lagi yang merunsingkan diri ini sejak setahun yang lepas. dalam diam ku bertekad dan berjanji pada diri sendiri akan menunaikan hajat di hati bila tiba masa nanti...dan masa yang di tunggu telah pun tiba. bagi aku yang dina dan kerdil ini hanya mampu melakukan apa yang patut dan selebihnya ku serahkan pada yang ESA!! ya! ku tekad akan teruskan hajat di hati.moga Allah berikan ruang dn peluang agar mendapat jalan yang mudah..AMIN YA ROBB'!!
akan ku serah cinta ini pada NYA...

p/s : Flight = AK 5460
Depart = tue 03 May 2011 JHB 09:35
Arrive = BK1 11:55


5 Apr 2011

final exam!!!

projek akhir yang dinanti2kan selama nie sudah pown selesai kini menunggu giliran pulak si final exam...huwaaaa! bila dengar jer final exam, aku semakin takut bertambah risau..semua perasaan bercampur baur...aduh!
menghadapi peperiksaan akhir sangat la sibuk..untuk aku meluangkan masa dengan mengupdate blog ku sangat lah terhad...mungkin lepas bergelar bekas pelajar akan memberikan banyak ruang buat ku mengupdate blog....
apa yang menjadi kerisauan ku kini adalah masa depan ku selepas habis belajar..ingin menyambung belajar buat masa nie memang ku tidak terpikir lagi.aku perlu menunaikan tanggungjawab aku sebagai seorang kakak kepada 6orang adik ku...perlu menyiapkan keperluan harian mereka, menghantar ke sekolah dan sebagainya...mmmm!~
''ya Allah, kurniakan hamba kudrat agar dapat menempuhi segalanya dengan redha"
~amin ya robbal a'lamin~
^_^

14 Mac 2011

yang di nanti~

fuh!!! dalam tidak sedar tinggal lagi 1 minggu final projek kami yg bakal di bentangkan minggu depan...[coklat]
bila di tanya, apa persiapan korang untuk minggu depan?? dengan slamber aku mnjawab...ala, buat je..huhu;p dalam hati berkata..risau yoo! perh, sapa yg tak risau an...ye la, nie la penentu selama 3 tahun kami berjuang..sape pown risau tau...
dan selepas tu kami akan menduduki peperiksaan akhir untuk sem akhir..yeah!! dah sem akhir!! hehee;p
setakat nie, kesibukan ku dalam menjalani kehidupan seharian ku tempuh dan ku perjuangkan dalam meniti hari2 yang bahagia dan mohon mardhatillahNYA. moga Allah bersama2 ku dalam memperjuangkan hidup!!~

sms buat ku : telan pahit, senyum jadi manis!!! ^_^

23 Feb 2011

masih tersisa~

saki baki penat semlm masih terasa, belum pown sempat rehat secukupnya sakit ku dtg kembali...mungkin kerana keletihan yg amat sgt...ya Allah, nie baru sikit! aku suda meraung bagaikan hilang tangan, sedangkan yg ku lakukan hnya lah sedikit cuma..namun, rezeki Allah mnyebelahi pd kami kali nie, prniagaan kami untk subjek 'keusahawanan' telah mngaut keuntungan yg brlipat ganda..alhamdulillah syukur nikmat!!~
kuih muih yg kami jual semuanya laku, dan untung yg di terima kami gnakan untuk modal final projek yg akan dtg..moga Allah permudahkan segalanya~~
dalam tidak sedar, lagi 2 bulan kami ingin menduduki final exam, lepas tuuu?? yahoo! dah abis blaja! hehe;p (ops! tersuka lak) seronok ker dh abih blaja nie?? mmm...mungkin seronok mungkin tidak...tapi yg pastinya, melangkah alam dewasa sgt mencabar...uh! itulah lumrah..Allah swt mnjadikan semuanya berhikmah, pada yg mngerti akn redha dengan segala-galanya...

sms buat ku: setiap yg brlaku ada senang dan susah! teruskan saja!~ ^_^

17 Feb 2011

merenung seketika~

semuanya bercampur aduk!!!



terasa lama diri ni x update blog, bla bkak blog sndiri terasa janggal bla xdek benda yg nk d baca..hehe;p [baca blog sndiri]


bila di fikir2 kan..usia makin lanjut, masa depan semakin hampir untuk berjuang..kadang2 diri terasa berat untuk memikul impian2 yg ada, tapi sampai bila mahu begini. hidup kena ada pembaharuan baru la senang untuk mndakap cita2...

hmmm, terasa cepat jer masa berlalu. tapi bekalan untuk hari akhirat masi sedikit...ingin mncari, iman adakalanya turun dan naik. sampai bila harus begini?? bla mngenangkn segala cita2 dan impian, hati adaklanya memberontak ingin cepatkn masa berlalu. tapi bila memikirkan kemampuan yg kian terbatas hati mnjadi khuatir mneruskan perjuangan..

hmmmm! apa pun, TERUSKAN SAJA KAWAN! hehe;p terasa rindu ngn slogan nie..hanya budak2 sabah jer yg selalu kedengaran ngn ayat nie. masa zaman skolah, kerap jgak la dengar ayt2 perangsang kejayaan nie..hehe;p

apa pun, berjuang untuk hidup dunia dan akhirat!

dahulukan yang wajib,
buat yang sunnat,
jauhi yang dosa!

sms buat ku: teruskan saja kawan~ ^^"

Cintan Cintun...^_^

901279

CINTA yang bukan sekadar buta.

CINTA yang bukan sekadar membius kewarasan minda.

Tetapi CINTA yang akhirnya mengheret ke dalam

ke sesatan yang nyata...