Mawar Berduri

896270

4 Wanita Mulia~~
Rasulullah s.a.w bersabda:
``Ada empat wanita mulia yang juga penghulu segala wanita, mereka itu ialah Asiah binti Muzahim (Isteri Firaun), Maryam binti Imran (Bonda Nabi Isa a.s), Khadijah binti Khuwalid (Isteri Rasulullah s.a.w) dan Fatimah binti Muhammad ( Puteri kesayangan Rasulullah s.a.w)``
~HR.Bukhari~

23 Feb 2011

masih tersisa~

saki baki penat semlm masih terasa, belum pown sempat rehat secukupnya sakit ku dtg kembali...mungkin kerana keletihan yg amat sgt...ya Allah, nie baru sikit! aku suda meraung bagaikan hilang tangan, sedangkan yg ku lakukan hnya lah sedikit cuma..namun, rezeki Allah mnyebelahi pd kami kali nie, prniagaan kami untk subjek 'keusahawanan' telah mngaut keuntungan yg brlipat ganda..alhamdulillah syukur nikmat!!~
kuih muih yg kami jual semuanya laku, dan untung yg di terima kami gnakan untuk modal final projek yg akan dtg..moga Allah permudahkan segalanya~~
dalam tidak sedar, lagi 2 bulan kami ingin menduduki final exam, lepas tuuu?? yahoo! dah abis blaja! hehe;p (ops! tersuka lak) seronok ker dh abih blaja nie?? mmm...mungkin seronok mungkin tidak...tapi yg pastinya, melangkah alam dewasa sgt mencabar...uh! itulah lumrah..Allah swt mnjadikan semuanya berhikmah, pada yg mngerti akn redha dengan segala-galanya...

sms buat ku: setiap yg brlaku ada senang dan susah! teruskan saja!~ ^_^

17 Feb 2011

merenung seketika~

semuanya bercampur aduk!!!



terasa lama diri ni x update blog, bla bkak blog sndiri terasa janggal bla xdek benda yg nk d baca..hehe;p [baca blog sndiri]


bila di fikir2 kan..usia makin lanjut, masa depan semakin hampir untuk berjuang..kadang2 diri terasa berat untuk memikul impian2 yg ada, tapi sampai bila mahu begini. hidup kena ada pembaharuan baru la senang untuk mndakap cita2...

hmmm, terasa cepat jer masa berlalu. tapi bekalan untuk hari akhirat masi sedikit...ingin mncari, iman adakalanya turun dan naik. sampai bila harus begini?? bla mngenangkn segala cita2 dan impian, hati adaklanya memberontak ingin cepatkn masa berlalu. tapi bila memikirkan kemampuan yg kian terbatas hati mnjadi khuatir mneruskan perjuangan..

hmmmm! apa pun, TERUSKAN SAJA KAWAN! hehe;p terasa rindu ngn slogan nie..hanya budak2 sabah jer yg selalu kedengaran ngn ayat nie. masa zaman skolah, kerap jgak la dengar ayt2 perangsang kejayaan nie..hehe;p

apa pun, berjuang untuk hidup dunia dan akhirat!

dahulukan yang wajib,
buat yang sunnat,
jauhi yang dosa!

sms buat ku: teruskan saja kawan~ ^^"

28 Jan 2011

pecah masuk VS musibah!

SubahanaAllah Maha Suci Engkau yaAllah yang menjadikan dan merancang setiap kejadian yang brlaku.hanya Engkau saja yang mengetahui hikmah di sebalik kejadian.mungkin ini cara engkau menguji kekuatan hamba ini. yaAllah kuat hati setiap hamba yang menjalani ujian MU agar hamba terus berada di jalan MU dan menempuhnya dengan redha,AMIN~

20 Jan 2011

itu lah kawan~

~kawan suka duka~

begitu lah adat...setiap pertemuan pasti ada perpisahan. dulu bersama, menghabiskan usia remaja, menimba ilmu, senyum tangis, kongsi suka duka...itulah kawan.. kini, semua sudah berlalu. hanya mimpi indah sebagai penghibur usia remaja. seronok berkawan hanya yang merasa dapat tahu. kadang-kandang terluka, kadang kadang terbeban, kadang kadang tersinggung, adakalanya menghiburkan, adakalanya terhibur, adakalanya membahagiakan....itulah kawan...jika terkenang boleh jadi kurang waras, kerna senyum sendirian tanpa henti itu tanda jiwa terhibur...riang ria bersama-sama..itulah kawan...

............................................................................

~tiap hari kawan~

kawan....
sungguh aku merindui saat kita bersama
tika itu kita perpandangan
masih belum faham antara satu sama lain
kita berkenalan berkongsi segala riang
sungguh aku merindui.....
kawan....
dulu bertemu kita malu dan segan
masing-masing memendam rahsia di hati
kita berkenalan berkongsi duka resah
sungguh aku merindui.....
kawan.....
pertama kita berjumpa
tidak kenal tidak mengerti
tertanya tanya sudi menjadi teman atau tidak
kita senyum bersama
tika itu kau pandang aku, aku pandang kau...
sungguh aku merindui....

kawan....
lama sudah berakhir kini
tidak sangka masa singkat
kita bertengkar, kembali baik
kita bergaduh, kembali kawan
dalam tidak sedar mimpi sudah tamat
dengan redha kita terima saat perpisahan
sungguh aku merindui....

kawan....
perpisah kini kenangan abadi
pesan memesan sesama kita
''kau jaga diri''
dalam tangis melambai kan tangan
sungguh aku merindui....
^__^

"saya rindu kawan-kawan"

12 Jan 2011

pedih! demi mu~

menghabiskan hari-hari bersama teman seperjuangan. memperjuangkan semster akhir kami dengan final projek yang bakal di bentangkan pada bulan mac 2011. kalau di kira penat, memang tak terkira berhadapan dengan subjek yg memerlukan otak pengiraan, otak kreatif, dan otak yang cepat tangkap. mungkin mudah bagi mereka teman seperjuangan ku.namun aku?????...ah! tidak ada yang senang di dunia nie ct! semua perjuangan perlukan usaha yang gigih! yah, gigih!!....

.....................................................................................................

kisah ini tidak lah berhenti di sini saja. ada lagi sampingan hidup yang mungkin melemahkan perjuangan ini. mungkin ianya dipandang remeh oleh setengah pihak, atau mudah bagi yang melihat. tetapi tidak bagi yang lemah menerima cabaran ini.

........................................................................................................


persoalan ini sentiasa bermain di fikiran ku. entah kenapa kali ini sukar sekali aku memaaf kan insan kerdil yg punya kelemahan, sedangkan aku tahu hidup bermasyarakat dengan pelbagai hati dan ragam yg berbeza adalah normal jika berasa tersinggung. hati yang satu ini perlu di jaga agar ianya tidak menjadi dendam..Ya Allah, adakah aku sudah ketahap itu?..Nauzubillah..moga Allah jauhkan! aku tahu kesilapan itu memang payah untuk aku terima. tapi ku telan jua kerna itu lah dia. mungkin aku marah di kala perbuatannya melampau, namun perasaan marah ini jika tidak ku lawan maka akan menjadi satu kerugian bagi ku..."yang bernama hebat bukan lah orang yang banyak menjatuhakan lawannya, tetapi adalah orang yang handal dan sejati adalah orang yang sanggup menguasai dirinya ketika marah" [Hadis Riwayat Muslim]....

dengan perasaan merendah diri dan hina ku maafkan dia, itulah yang terbaik. "sebahgian ketenangan buat hati, adalah dengan memaafkan semua orang sebelum tidur" ^_^
sms buat ku: ubatlah hati mu yang luka dengan memaafkannya!! ^_^

31 Dis 2010

sedih,sayu,pilu~

memang benar, kita hanya merancang Allah lah yg lebih berhak menentukan segala2nya...
walau sehebat mana pun apa yg kita rancang, hebat lagi penentuan Allah SWT..kita hambaNYA harus terima dengan redha ketentuanNYA barulah RahmatNYA terus mengalir buat kita. mungkin apa yang kita lihat dengan apa yang Allah bagi tidak la sehebat mana pun yang kita jangkakan, hanya mata kita sahaja yang melihat kelemahan dengan nikmat Allah berikan, tetapi hakikatNYA Allah telah memberikan bersesuaian dengan fitrah kehidupan kita. hanya mata kita saja melihat keburukan dan kelemah tersebut...mungkin kita merasa perit menerimanya, namun hikmah disebalik pemberianNYA tidak kita ketahui dn nampak.yang kita nmpak hanya sakit menerima ujian Allah! benar, perit, sakit, mmg yg kita dapat..tetapi ingatlah sakit itulah penawar buat hati yang gelap...hati yang penuh dengan dosa dan noda.betapa sayangnya Allah pada kita kerana memberi ruang dan peluang pada kita memberi sakit tersebut...bersyukurlah wahai HATI!

penawar buat hati yang luka....
berserah lah pada Allah, moga hati mu terubat dengan cintaNYA.
bersabarlah wahai hati~
(-_-)

sms buat ku: Allah ingin menjaga mu dari sebarang noda dan dosa!!! [hikmatun]

26 Dis 2010

KASIH IBU HINGGA KESYURGA


KASIH IBU HINGGA KESYURGA



apa kah sebenarnya terbuku di kalbu mu
apakah erti linang airmata d pipi mu
ucapkan lah pada ku
tak bisa ku rungkai nya
rahsia yang kau pendam itu...



Airmata Ibu,dendangan Siti nurhalizah. tiba-tiba saja lagu tu menyentuh perasaan ku..
entah kenapa aku jadi sayu mendengarnya, mungkin sebab lirik lagu tu yang menerangkan maksud yg tersirat.yah! sangat tersirat....~

............................................................................................................................................................................


umi, maafkan aku
andai aku banyak melukakan hati mu~
aku hanya menduga
tidak mampu merasa
sebenar-benar perasaan mu


aku bukan lah anak yang terbaik
tapi, aku janji umi aku akn jadi yang terbaik buat mu
apa pun umi adalah ibu yang terbaik yang mungkin tiada gantinya
umi, doaku takkan putus buat mu~
pengorbanan yang kau lakukan
untuk dewasakan ku
hanya bisa di tanggung hati ibu


sebesar mana pun salah ku
hanya ampun mampu ku ungkap
umi tidak pernah kurang dalam mendidik ku
hanya saja aku yang menurut nafsu muda ku
namun umi tidak pernah membuangku jauh dari hidup mu
terima kasih umi! ^_^
namun ku percaya
takkan terlerai kasih
ikatan ini takkan putus


umi, aku tahu dalam membesarkan ku
adalah satu keperitan buat mu
namun, kau teruskan perjuanganmu
demi masa depan ku
telah kau telan lara
dan terima segala
dugaan dan badai yang melanda
duhai IBU!


sayang umi!
rindu umi!
-_-






24 Dis 2010

Harga Sekuntum Cinta - Far East



pencinta setia~
lupakan lah dia pendusta yang setia,
kembali lah pada hidup lebih bermakna....

ya Allah,
temukan aku pada
pencinta yang setia~~~
^_^

18 Dis 2010

hati sepi~


wahai hati.....
jangan kerana sepi
kau jatuh dalam mainan syaitan
bangkit lah hati
ingatlah cinta Allah tidak betepi
bersabarlah wahai hati~


wahai hati.....
bersih lah dikau dari segala noda
suci lah dikau dari segala dosa
kuat lah dikau dari segala onak
tabah lah dikau dari segala luka
bersabarlah wahai hati~


wahai hati.....
satu didunia harus kau cari
barakah Allah harus kau kecapi
fisabilillah harus kau kejari
cinta hakiki harus kau pegang
bersabarlah wahai hati~


wahai hati.....
janji Allah pasti datang
setiap yang baik hanya untuk yang baik
serahkan jiwa bahagia lah dikau
bentukan prinsip, kuatkan semangat, teruskan usaha!
bersabarlah wahai hati~


^_^

16 Dis 2010

kejam,kejam,kejam!!!~

tak paham la, napa ada manusia kejam d dunia nie??? sampai hati mereka busuk hati kat kucing! tak baik tau buat kejam kat kucing d dunia nie, besok2 kucing tu buat balik kat kita kat akhirat nanti..kucing tu haiwan kesayangan nabi tau., makhluk mulia ciptaan Allah..kita xdek hak hina haiwan tu, ape lagi memandang ia jijik. mmg kejam manusia yang x suka kucing nie, xtau la nk bahasa kan mereka nie apa, mmg kejam lah!! (ish! emo plak, huhu;p)
kucing ct kt cnie(JB) hilang,. endot nmenyer, sdap an??hehe;p... x smpai 2 ari die dok umah dh hilang...moga Allah melindungi makhluk mulia tu, amin~
ye la, ada la hamba Allah nie, mmg anti giler ngn kucing, berak merata la, kencing merata la, busuk, geli..ish! seb bek la kucing tu x pandai cakap..lau die ckp die akn cakap"aku lagi bersih suci dr korang tau" belagak jer kucing tu ckp..hahahaa;p (memandai jer ko nie ct) hihi;p
mood sedey:((
endot jaga diri bebaik tau, lau lapar mnta mkanan kt org yg syang kucing tau.esk2 balas balik kt org yg wat kejam kt korang! smpaikan pesan nie kt kaum kerabat endot tau..sayang endot!!~
:((

nie la luna n lala...kucing kesayangan ct n adek2..:)



besar dh luna ngn lala nie, pandai dh bawa diri..hihi;p



nie la endot...ct kutip dia.pas abis kelas.nk blik tu, dia ikot jer,ct pon x smpai hati, ambik la(al kisahnyer)hihi;p..memula jmpa kt kelas malu2 je nk kenal2, ct dok main2 ngn dia.sonok.... pas abis klas die ikot jer ct blik..hehe;p (cian die) kurus jerr..

sapa kata kucing tak comel??? comel jer kan...hihi;p

auchak!!!~

Hikmatun: Sama-samalah kita mengelakkan diri dari menyeksa binatang, lebih-lebih lagi menyeksakan mereka dengan api. “Sesungguhnya tidak ada yang berhak menyiksa dengan api selain Rabb (Tuhan) pemilik api.” Hadith Riwayat Abu Dawud, hadits shahih

“Seorang wanita masuk neraka kerana kucing. Ia menahannya hingga mati. Ia masuk neraka kerananya, kerana ia tidak memberinya makan sebab ia menahannya, dan tidak membiarkannya makan serangga-serangga tanah.” Hadith riwayat Bukhari.

semoga kita tidak berlaku zalim dan kasar terhadap binatang kesayangan nabi ini.. bertaubatlah mereka yang telah berlaku kejam pada kucing!~

Cintan Cintun...^_^

901279

CINTA yang bukan sekadar buta.

CINTA yang bukan sekadar membius kewarasan minda.

Tetapi CINTA yang akhirnya mengheret ke dalam

ke sesatan yang nyata...