Mawar Berduri

896270

4 Wanita Mulia~~
Rasulullah s.a.w bersabda:
``Ada empat wanita mulia yang juga penghulu segala wanita, mereka itu ialah Asiah binti Muzahim (Isteri Firaun), Maryam binti Imran (Bonda Nabi Isa a.s), Khadijah binti Khuwalid (Isteri Rasulullah s.a.w) dan Fatimah binti Muhammad ( Puteri kesayangan Rasulullah s.a.w)``
~HR.Bukhari~

19 Jul 2011

bicara

sedar tak sedar, kjap lagi dah masuk ramadhan...fuh! hanya beberapa hari lagi, sediakah diri? ah, persoalan yg mungkin akn melemahkan aku..masakan puasa saja sudah x brtahan? bukan nya aku baru setahun jangung brpuasa? mungkin menahan lapar dan dahaga masih lagi aku mampu, namun, menahan mulut,hati,jiwa dan prgaulan ku belum tentu dapat ku lunaskan...menjaga akhlak,iman, dan ibadah juga belum pasti...''sungguh aku cari cahaya itu, buat ku sulu hari iman yg kelam''..
aku perlu kembali pada yang asal, agar aku x jatuh d bulan ramadhan, perlu cari tiang yg kukuh buat iman yang goyah!
..............................................................................................
suatu ketika aku menangis, airmata juga sudah kering untuk membasahi pipi nie, namun, hati tidak dapt berbohong atas sakit yang menimpa..hanya airmata pengubat lara.segalanya aku leraikan agar sakit ku mnjadi sikit...memang benar, kejayaan bukan seindah mimpi.hanya mimpi mampu membina sebuah kejayaan yang indah, namun hakikat sebenar, kejayaan tidak seindah itu. segala sakit jatuh bangun ku tempuh, hati ku kuatkn dengan bersabar.mimpi indah akan datang dengan perjuangan berhabisan..segala nya akn tiba! suatu saat, pasti ada!
bersabarlah, bersabarlah, bersabarlah! kata2 yang sering ku lontarkan yang mnjadi telinga ini semakin lali dengan perkataan BERSABAR..tapi, itulah hakikat..berpijak di bumi yang nyata adalah suatu perjuangan.''usah di lupa asal usul suadagar, hakikat sebenar harus dipijak berbanding mimpi indahmu''....kata-kata sang pejuang..
........................................................................................
aku masih mencari2 peluang terbaik buat diri ku..ikutkan hati mentah ku, aku sudah tidak tertahan lagi dengan perjuangan ini, kenapa orang lain mudah saja menjalani hari2 mereka dengan berkerja? kenapa aku harus begini? susah untuk aku ungkapkan. lesen perniagaan yang ku harapkan tidak la semudah yang ku bayangkan.segalanya buatkan aku berfikir lagi dan terus berfikir...ingin menyambung belajar, kaki ku sudah terikat dengan tangunggjawab sebagai anak sulung, ingin bekerja juga mnjadi halangan buatku..aku hanya mampu berdiri sebelah kaki, sedang kaki lagi satu sudah terikat dengan tangunggjawab..ah! bukan niat untuk merungut, namun hati tidak terluah dek payah dengan tanggungjawab..yaAllah, bukan hamba ingin merungut dengan takdir MU, hamba mohon kuatkn hamba dalam perjuangan ini yaAllah, moga ada sinar buat hamba kelak..amin yarobb'..
doa senjata ku memerangi nafsu muda ku,..aku tahu, aku tidak seperti yang lain, dan aku jugak tidak boleh mnjadi yang lain kerna inilah aku..hapuskan zaman bujangku dengan tangunggjawab sebagai si sulung...ya, aku redha,redha..
aku tahu, Allah sayangkn aku kerna itu aku masih bertahan sampi sekarang..''ini cuma sedikit ct''! kata-kata yang selalu bermain di minda ku..mmg benar kata-kata itu, benar sekali. ini cuma sedikit..ini lah permulaan perjuangan ku yang sebenar,
so, bersabarlah!~

sms buat ku: usah merasa ini sebgai bebanan,tapi nikmati lah ini sebagai ubat yang pahit buat penawar diri yang sakit!

14 Jul 2011

air mata


teringat zaman sekolah menengah 5 tahun yang lepas. satu hari musibah menimpah diri..jangan katakn kawan, keuarga sndiri semakin jauh..di usia remaja yang masih mentah pelbagai rasukan ku terima. baik, jahat bercampur baur. hati muda ku meronta2 ingin kn kepuasan dan ketenangan..di kala ku kesepian berhadapan dengan masalah air mata terus mengalir, memainkan peranan menabur segala duka. bibir berbicara sayu kesorangan ingin menumpang kasih tidak kesampaian, ku rela bersendirian..di keheningan malam ku mengahadapNYA memohon belas kasihan dan simpatiNYA, mungkin ada ruang kasih di situ. ternyata hati semakin tenang. bibir telah mampu mengukir senyum, hari-hari ku terukir segala keindahan hidup hanya dengan MUNAJAT MALAM!..
dewasa kini, diri semakin matang, keluarga semakin dekat, kawan-kawan semakin ramai...diri ini bahagia mensyukuri nikmat..namun, itu semua tidak menjaminkan keredhaan Ilahi..kini, ku menangis sayu. lama sudah ku meninggalkan malam munajatku hanya kerana nikmat Allah..aku leka dengan kebahagian dunia.kini semuanya hilang, tempat Allah mengadu kasih dn simpati. 5 tahun yang lepas berulang kembali...keluarga, kawan hanya dunia suka. itulah lumrah. tak terkata hati sayu mengenangkan permainan dunia. kecewa melihat dunia yang tua..mudah saja melihat pertumpahan air mata.sana sini menangis dek duka menimpa diri. setiap manusia ada musibah.itu lah dunia!
..........................................................

dunia hari ini! sana sini bertelingkahan mempertahankan hak masing2..pemimpin tidak lagi mampu bersuara, hanya bohong dan janji kosong di tabur..rakyat, masing2 punya prinsip.tetap pertahankan sampai berdarah. sana sini kata mengata..itu salah! itu betul! dia bodoh! dia pandai! kini mulut berkuasa besar dalam menegakkan maruah..yang benar terus dihina, dicaci di pukul..yang lemah hanya mampu bersuara dalam hati, menghitung hari untuk mati..yang salah kini berkuasa, dunia dalam genggaman, halal haram suda di lupa, yang ada hanya wang, pangkat dan harta!..
khuatir, sangat khuatir...bimbang dunia musnah dalam kegelapan.adaakah ini tanda hampir kiamat..teringat satu hadis:
Rasulullah s.a.w telah menjenguk kepada kami semasa kami sedang ingat mengingati satu sama lain, lalu Baginda s.a.w bertanya: "Apa yang kamu ingat mengingatkan itu?" Kami menjawab:"Kami mengingati perihal hari kiamat dan saat berlakunya"; Nabi s.a.w bersabda: "Sesungguhnya saat kiamat tidak akan berlaku melainkan setelah kamu melihat sebelumnya sepuluh alamat." Lalu Baginda s.a.w menyebut alamat atau tanda-tanda itu iaitu: Asap, Dajjal (orang yang menyembunyi dan mengubah keadaan perkara-perkara yang benar dengan perkataan dustanya atau perbuatan sihirnya) Dabbatul-Ardh, terbit matahari dari pihak masuknya (dari pihak barat),turunnya Nabi Isa anak Mariam, dan Ya'juj wa Ma'juj…"

jika benar,redhakan lah wahai hati...

Dari Ali, r.a, katanya Rasulullah s.a.w. bersabda; seseorang itu tidak menjadi mukmin sehingga ia beriman sekurang-kurangnya ia beriman kepada empat perkara, iaitu: Mengetahui dan meyakini bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan bahawa aku ialah Rasulullah yang mengutuskan aku membawa kebenaran dan percayakan mati yang memang ditetapkan masa dan caranya bagi tiap-tiap seorang , dan percayakan kebangkitan hidup semula sesudah mati serta percayakan kadar takdir yang ditentukan oleh Allah’..

hanya iman dapat menyelamatkan..



Cintan Cintun...^_^

901279

CINTA yang bukan sekadar buta.

CINTA yang bukan sekadar membius kewarasan minda.

Tetapi CINTA yang akhirnya mengheret ke dalam

ke sesatan yang nyata...