Mawar Berduri

896270

4 Wanita Mulia~~
Rasulullah s.a.w bersabda:
``Ada empat wanita mulia yang juga penghulu segala wanita, mereka itu ialah Asiah binti Muzahim (Isteri Firaun), Maryam binti Imran (Bonda Nabi Isa a.s), Khadijah binti Khuwalid (Isteri Rasulullah s.a.w) dan Fatimah binti Muhammad ( Puteri kesayangan Rasulullah s.a.w)``
~HR.Bukhari~

28 Jan 2011

pecah masuk VS musibah!

SubahanaAllah Maha Suci Engkau yaAllah yang menjadikan dan merancang setiap kejadian yang brlaku.hanya Engkau saja yang mengetahui hikmah di sebalik kejadian.mungkin ini cara engkau menguji kekuatan hamba ini. yaAllah kuat hati setiap hamba yang menjalani ujian MU agar hamba terus berada di jalan MU dan menempuhnya dengan redha,AMIN~

20 Jan 2011

itu lah kawan~

~kawan suka duka~

begitu lah adat...setiap pertemuan pasti ada perpisahan. dulu bersama, menghabiskan usia remaja, menimba ilmu, senyum tangis, kongsi suka duka...itulah kawan.. kini, semua sudah berlalu. hanya mimpi indah sebagai penghibur usia remaja. seronok berkawan hanya yang merasa dapat tahu. kadang-kandang terluka, kadang kadang terbeban, kadang kadang tersinggung, adakalanya menghiburkan, adakalanya terhibur, adakalanya membahagiakan....itulah kawan...jika terkenang boleh jadi kurang waras, kerna senyum sendirian tanpa henti itu tanda jiwa terhibur...riang ria bersama-sama..itulah kawan...

............................................................................

~tiap hari kawan~

kawan....
sungguh aku merindui saat kita bersama
tika itu kita perpandangan
masih belum faham antara satu sama lain
kita berkenalan berkongsi segala riang
sungguh aku merindui.....
kawan....
dulu bertemu kita malu dan segan
masing-masing memendam rahsia di hati
kita berkenalan berkongsi duka resah
sungguh aku merindui.....
kawan.....
pertama kita berjumpa
tidak kenal tidak mengerti
tertanya tanya sudi menjadi teman atau tidak
kita senyum bersama
tika itu kau pandang aku, aku pandang kau...
sungguh aku merindui....

kawan....
lama sudah berakhir kini
tidak sangka masa singkat
kita bertengkar, kembali baik
kita bergaduh, kembali kawan
dalam tidak sedar mimpi sudah tamat
dengan redha kita terima saat perpisahan
sungguh aku merindui....

kawan....
perpisah kini kenangan abadi
pesan memesan sesama kita
''kau jaga diri''
dalam tangis melambai kan tangan
sungguh aku merindui....
^__^

"saya rindu kawan-kawan"

12 Jan 2011

pedih! demi mu~

menghabiskan hari-hari bersama teman seperjuangan. memperjuangkan semster akhir kami dengan final projek yang bakal di bentangkan pada bulan mac 2011. kalau di kira penat, memang tak terkira berhadapan dengan subjek yg memerlukan otak pengiraan, otak kreatif, dan otak yang cepat tangkap. mungkin mudah bagi mereka teman seperjuangan ku.namun aku?????...ah! tidak ada yang senang di dunia nie ct! semua perjuangan perlukan usaha yang gigih! yah, gigih!!....

.....................................................................................................

kisah ini tidak lah berhenti di sini saja. ada lagi sampingan hidup yang mungkin melemahkan perjuangan ini. mungkin ianya dipandang remeh oleh setengah pihak, atau mudah bagi yang melihat. tetapi tidak bagi yang lemah menerima cabaran ini.

........................................................................................................


persoalan ini sentiasa bermain di fikiran ku. entah kenapa kali ini sukar sekali aku memaaf kan insan kerdil yg punya kelemahan, sedangkan aku tahu hidup bermasyarakat dengan pelbagai hati dan ragam yg berbeza adalah normal jika berasa tersinggung. hati yang satu ini perlu di jaga agar ianya tidak menjadi dendam..Ya Allah, adakah aku sudah ketahap itu?..Nauzubillah..moga Allah jauhkan! aku tahu kesilapan itu memang payah untuk aku terima. tapi ku telan jua kerna itu lah dia. mungkin aku marah di kala perbuatannya melampau, namun perasaan marah ini jika tidak ku lawan maka akan menjadi satu kerugian bagi ku..."yang bernama hebat bukan lah orang yang banyak menjatuhakan lawannya, tetapi adalah orang yang handal dan sejati adalah orang yang sanggup menguasai dirinya ketika marah" [Hadis Riwayat Muslim]....

dengan perasaan merendah diri dan hina ku maafkan dia, itulah yang terbaik. "sebahgian ketenangan buat hati, adalah dengan memaafkan semua orang sebelum tidur" ^_^
sms buat ku: ubatlah hati mu yang luka dengan memaafkannya!! ^_^

Cintan Cintun...^_^

901279

CINTA yang bukan sekadar buta.

CINTA yang bukan sekadar membius kewarasan minda.

Tetapi CINTA yang akhirnya mengheret ke dalam

ke sesatan yang nyata...