Mawar Berduri

896270

4 Wanita Mulia~~
Rasulullah s.a.w bersabda:
``Ada empat wanita mulia yang juga penghulu segala wanita, mereka itu ialah Asiah binti Muzahim (Isteri Firaun), Maryam binti Imran (Bonda Nabi Isa a.s), Khadijah binti Khuwalid (Isteri Rasulullah s.a.w) dan Fatimah binti Muhammad ( Puteri kesayangan Rasulullah s.a.w)``
~HR.Bukhari~

13 Dis 2011

hati resah!

resahnyer hati ini Allah jer yg tahu..xtau nk mula dr mna.tp yg pasti jiwa ku tgh kacau,kacau! ah!!! aku rasa mcm nk mnjerit! yaAllah tlg hambah ya Allah!
kata org, x kenal maka x cinta..aku jadi bingung ngn situasi ini..haruskn aku menamatkn zaman bujang ku pd insan yg x ku kenal! oh Tuhan...hati ku bingung..di zaman serbah canggih ini sgt mudah utk kita mengenali antra satu sma lain..internet,FB,telifon,msg dll sgalanya d hujung jari..tp kenapa aku harus sekat semua kemudahn itu utk mngenalinya??? aku jadi bingung, jujur aku katakn aku xnk hati ini mgharap..itu salah 1 fktor aku sekat kemudahan itu...yaAllah! aku buntu, aku xtau nk buat apa. apa yg trbaik utk aku??..aku bingung! aku hanya mampu brdoa.....
setelah itu, aku pasrahkn jua hati ini pada takdir hidup ku..aku terima segala yg dtg dlm hidup ku dgn hati redha..namun, jauh d sudut hati ini timbul kerisauan yg amat dlm..risau untk menentukn antra hidup dn mati!(bg ku)
yah, mmg sulit..trlalu sulit untk aku katakn..tp hati ku suda x tahan lagi! x tahan utk mnyimpan resah,gunda gulana nie...perbagai perkara negetif muncul dlm fikiran nie..airmata suda kering utk prkara sebegini! ya Allah, bantu hamba dlm kesulitan, keluark hamba dlm gelombang sakit ini yaAllah! tolong hamba...

12 Nov 2011

lama tidak bersua

hujung minggu macam nie baru lah ct berpeluang mghadap laptop ku yg dikasihi..hehe;p
sedar x sedar suda sebulan ct berkhidmat di salah sebuah tabika kemas..mm, mnjadi sorng guru bukan lah perkara yg mudah bagi ct..walaupun rata2 murid yg ada trdiri dr klangan kanak2 brumur 5-6 thun. tapi telatah mereka perlu ada kesabaran dlm mndidik mereka..huhu;p bunyik macam susah jer keja nie..tp x lah sesusah mna pun..jika d bandingkan mngajr di sekolah rendah atau mnengah..
jika di ceritakn prjalanan hidup nie, macam2 benda berlaku..ibarat air sungai yg x pernah berhenti mngalir...sungai akn mngalir dn terus mngalir..begitulah hidup, setiap perjalanan akan terus bergerak sehinggah lah nyawa bercerai dgn jasad..baru lah perjalanan hidup ni akan trhenti..dunia fatamorgana!

setiap yg berlaku ada kebaikanya ada hikmahnya..maka bersabarlh duhai hamba Allah!
teruskn berusaha dn terus berlari.berlarilah tanpa henti...



12 Sep 2011

busineszZZ Women!

jika diberi peluang, ct teringin buka bisnes berasas kn bakery.tu angan2 kecik la, lau yg terbesar ckt ingt nk bukak islamic hotel..perh! tggi betol angan2..hehe;p apa salahnya kn berangan2 dlu..mna tau Allah bg ruang n rezki Allah makbul kn..amin~
tu la kn, tinggi betul angan2..mmm!
sekarang nie pun ct dlm perancangan utk ke tahap tu, tp untk masa terdekat nie masi belum ada rezki..rezki tu Allah akn bg.ct percaya tu, lambat atau cepat jer mnjadi penentunya itu pun terpulang pd si jasad menjayakanya...
buat masa nie, ct kene plan untuk kerja selama setahun dua nie, wat kumpul modal. nk wat pinjaman pun sekarang nie kena ada tapak dlu baru bank nk bg pinjaman. klo pinjaman ahLong tu dpt la cepat..tp tu bukan jln terbaik...xpek la, skrg nie kumpul modal dlu. dpat modal dlm 10 ribu pun insyaAllah cukup. org tua2 pena berckp.
''bersakit2 dahulu, bersenang2 kemudian''

nk cari pelabur?? pun kena ada tapak gak, lau x sapa nk melabur! tu la, pokok pangkalnya pon, kena gak kumpul duit sendiri..

kena ada tapak kedai..sewa kedai pun zaman skrg nie sebulan dlm 3-4 ribu gak.
nk lengkapkn peralatan, mcm oven, mixer sekurang2 nya dlm 2-3 bijik..
nk kena gak beli bahan kering, mcm tepung, baking powder n lain2..kat area sabah nie, paling dekat pun ada kt K.K tp tu pun blum tentu lengkap..bnyak bahan mentah kt area semenanjung..nk tempah barang tu semua, kena pakai DUIT!

acctly, barang2 tu semua mmg senang dapat n ada kt pasaran..tp tu la kn, semuanya kena bermula dengan DUIT gak. org kata semua benda xkn jadi kalu guna air liur jerr~
mmm...

tp kn, kita jgn jdik hamba DUIT. mmg betul DUIT adlh segala2nya d zaman moden nie, tp DUIT bukan segala2 nya d mata Allah.. sambil kita mncari kesenangan duniawi, usah d lupa bekalan amalan akhirat. kerana akhirat la penentu masa depan yg hakiki!
"selamat beramal utk diri sndiri''
>,<

10 Sep 2011

Umat Islam Sentiasa Boleh!! VS penganggoran


lagu ini la kini mnjadi inspirasi ku tika mnjadi seorng penganggoran..
hmm!
''jangan buang masa,
siapa kata kita tidak boleh,
kita ada Allah Maha Kuasa,
kita punya kuasa tenaga
doa sbgai senjata..
UMAT ISLAM SENTIASA BOLH!
mungkin lagu nie telah lama di keluarkn.ttp baru skrg aku dpt hayati dalam2 makna disebalik lagu nie..
seletalah 6 bulan tamat belajar,aku mncari2 identitiku yg sebenar..klau dlu semasa d kolej aku tidak pernah terfikir untuk aku hadapi semua ini. adakah aku ingin menyambung belajar atau kerja sahaja?? semuanya mnjadi persoalan ku..aku sndiri tidak pasti keputusan apa yg perlu aku ambil..bg aku tanggungjawab aku sebagai anak mnjadi bebanan utuk aku teruskn perjuangan ku..tp itu semua adalah ujian dr NYA..aku x boleh kalah dengan ujian itu. apa pun aku harus berdiri d bumi yg nyata. aku harus berjuang seiring dengan tugasa2 ku kini..

syukurilah segalanya!
pasti ada jalan!
UMAT ISLAM SENTIASA BOLEH!

22 Ogo 2011

murabbi cinta

alhamdulillah, dalam kesibukan diri masih dberi ruang dn nafas untuk sujud merasa manisnya beribadah. kala itu, diri x terlepas dr melakukan dosa..terlalu banyak dn sgt banyak...

melihatnya hati ku terasa tenang, walau dia x pena mmbuatkn aku tersenyum..namun, jiwa imannya banyak mentarbiahkan aku..mengingatinya membuatkn aku ingat pada yg ESA.tp bukan kerana nya aku ingat DIA, namun, kehadiran nya telah merubah hati ini. syukur kerana Allah mmberi ruang dn peluang mengenalinya!

berbeza yg ini, banyak menggembirakan aku, hati ku riang mengenalinya, namun, aku jadi leka, sekelip mata aku lupa pada Pencipta Agung! subahanallah,Maha Suci Engkau yg mnjadikn hati..mohon tetapkn iman, agar tidak terus leka dengan nikmat riang gembira duniawi!...

yaAllah,
jika ini Kau tetapkan buat ku
aku mohon peliharalah daku dr sebarang noda dn dosa
moga hamba terpilih menjadi murabbi cinta AgungMU~

4 Ogo 2011

serbah salah~


kini telah masuk ramadhan yg ke 5.masa begitu cepat brlalu, saat hati sayu menempuh ramadhan pelbagai onak duri mnjadi santapan...aku jadi bingung melayan karenah sekeliling. ''di telan mati emak, di luah mati bapa'' jadi serbah salah melayan semuanya..apakan daya, kewajipan seorang anak mengikut segala kata-kata kedua orang tuanya..ini bukan lagi mnjadi lumrah, tapi 1 kewajipan.kewajipan seorng anak terhadap ibupaba...puas suda aku menurut, putih kata umi putih jugak buat ku. jika dibangkang akan mnjadi masalah besar buat ku kelak..kini aku belajar erti sabar, ikhlas setiap apa yg di beri. walau sukar, aku cuba untuk menerima segalanya dengan redha, aku cuba untuk ikhlaskan apa yang brlaku dengan jujur..memang benar, ikhlaskan hati ini sukar, bukan senang untuk kita lakukan itu, walaupun mudah untuk di lafazkan...hati kini sayu kembali. erti perjuangan yang selama ini ditanam kadangkala luntur. dalam sujud aku memohon, agar Allah kuatkan dengan iman. moga ada ruang dan jalan dalam menempuhnya...


kadangkala ini jugak silap sendiri mungkin tidak nampak, tapi hakikat sebenar segala permasaalahan berpunca dari diri sendiri..ibarat menuding jari, jari yg dituding pada orang hanya satu, namun, empat jari selebihnya kearah kita. ini membuktikan segala nya bermula dari diri sendiri...
nilailah dulu diri sendiri sebelum melihat salah orang!
hikmatun : fainnama'al usri yusro' innama'al usri yusro'....
''tiap2 yang susah ada senangnya''

moga ada ruang buat diri ini mnjadi ikhlas....

19 Jul 2011

bicara

sedar tak sedar, kjap lagi dah masuk ramadhan...fuh! hanya beberapa hari lagi, sediakah diri? ah, persoalan yg mungkin akn melemahkan aku..masakan puasa saja sudah x brtahan? bukan nya aku baru setahun jangung brpuasa? mungkin menahan lapar dan dahaga masih lagi aku mampu, namun, menahan mulut,hati,jiwa dan prgaulan ku belum tentu dapat ku lunaskan...menjaga akhlak,iman, dan ibadah juga belum pasti...''sungguh aku cari cahaya itu, buat ku sulu hari iman yg kelam''..
aku perlu kembali pada yang asal, agar aku x jatuh d bulan ramadhan, perlu cari tiang yg kukuh buat iman yang goyah!
..............................................................................................
suatu ketika aku menangis, airmata juga sudah kering untuk membasahi pipi nie, namun, hati tidak dapt berbohong atas sakit yang menimpa..hanya airmata pengubat lara.segalanya aku leraikan agar sakit ku mnjadi sikit...memang benar, kejayaan bukan seindah mimpi.hanya mimpi mampu membina sebuah kejayaan yang indah, namun hakikat sebenar, kejayaan tidak seindah itu. segala sakit jatuh bangun ku tempuh, hati ku kuatkn dengan bersabar.mimpi indah akan datang dengan perjuangan berhabisan..segala nya akn tiba! suatu saat, pasti ada!
bersabarlah, bersabarlah, bersabarlah! kata2 yang sering ku lontarkan yang mnjadi telinga ini semakin lali dengan perkataan BERSABAR..tapi, itulah hakikat..berpijak di bumi yang nyata adalah suatu perjuangan.''usah di lupa asal usul suadagar, hakikat sebenar harus dipijak berbanding mimpi indahmu''....kata-kata sang pejuang..
........................................................................................
aku masih mencari2 peluang terbaik buat diri ku..ikutkan hati mentah ku, aku sudah tidak tertahan lagi dengan perjuangan ini, kenapa orang lain mudah saja menjalani hari2 mereka dengan berkerja? kenapa aku harus begini? susah untuk aku ungkapkan. lesen perniagaan yang ku harapkan tidak la semudah yang ku bayangkan.segalanya buatkan aku berfikir lagi dan terus berfikir...ingin menyambung belajar, kaki ku sudah terikat dengan tangunggjawab sebagai anak sulung, ingin bekerja juga mnjadi halangan buatku..aku hanya mampu berdiri sebelah kaki, sedang kaki lagi satu sudah terikat dengan tangunggjawab..ah! bukan niat untuk merungut, namun hati tidak terluah dek payah dengan tanggungjawab..yaAllah, bukan hamba ingin merungut dengan takdir MU, hamba mohon kuatkn hamba dalam perjuangan ini yaAllah, moga ada sinar buat hamba kelak..amin yarobb'..
doa senjata ku memerangi nafsu muda ku,..aku tahu, aku tidak seperti yang lain, dan aku jugak tidak boleh mnjadi yang lain kerna inilah aku..hapuskan zaman bujangku dengan tangunggjawab sebagai si sulung...ya, aku redha,redha..
aku tahu, Allah sayangkn aku kerna itu aku masih bertahan sampi sekarang..''ini cuma sedikit ct''! kata-kata yang selalu bermain di minda ku..mmg benar kata-kata itu, benar sekali. ini cuma sedikit..ini lah permulaan perjuangan ku yang sebenar,
so, bersabarlah!~

sms buat ku: usah merasa ini sebgai bebanan,tapi nikmati lah ini sebagai ubat yang pahit buat penawar diri yang sakit!

14 Jul 2011

air mata


teringat zaman sekolah menengah 5 tahun yang lepas. satu hari musibah menimpah diri..jangan katakn kawan, keuarga sndiri semakin jauh..di usia remaja yang masih mentah pelbagai rasukan ku terima. baik, jahat bercampur baur. hati muda ku meronta2 ingin kn kepuasan dan ketenangan..di kala ku kesepian berhadapan dengan masalah air mata terus mengalir, memainkan peranan menabur segala duka. bibir berbicara sayu kesorangan ingin menumpang kasih tidak kesampaian, ku rela bersendirian..di keheningan malam ku mengahadapNYA memohon belas kasihan dan simpatiNYA, mungkin ada ruang kasih di situ. ternyata hati semakin tenang. bibir telah mampu mengukir senyum, hari-hari ku terukir segala keindahan hidup hanya dengan MUNAJAT MALAM!..
dewasa kini, diri semakin matang, keluarga semakin dekat, kawan-kawan semakin ramai...diri ini bahagia mensyukuri nikmat..namun, itu semua tidak menjaminkan keredhaan Ilahi..kini, ku menangis sayu. lama sudah ku meninggalkan malam munajatku hanya kerana nikmat Allah..aku leka dengan kebahagian dunia.kini semuanya hilang, tempat Allah mengadu kasih dn simpati. 5 tahun yang lepas berulang kembali...keluarga, kawan hanya dunia suka. itulah lumrah. tak terkata hati sayu mengenangkan permainan dunia. kecewa melihat dunia yang tua..mudah saja melihat pertumpahan air mata.sana sini menangis dek duka menimpa diri. setiap manusia ada musibah.itu lah dunia!
..........................................................

dunia hari ini! sana sini bertelingkahan mempertahankan hak masing2..pemimpin tidak lagi mampu bersuara, hanya bohong dan janji kosong di tabur..rakyat, masing2 punya prinsip.tetap pertahankan sampai berdarah. sana sini kata mengata..itu salah! itu betul! dia bodoh! dia pandai! kini mulut berkuasa besar dalam menegakkan maruah..yang benar terus dihina, dicaci di pukul..yang lemah hanya mampu bersuara dalam hati, menghitung hari untuk mati..yang salah kini berkuasa, dunia dalam genggaman, halal haram suda di lupa, yang ada hanya wang, pangkat dan harta!..
khuatir, sangat khuatir...bimbang dunia musnah dalam kegelapan.adaakah ini tanda hampir kiamat..teringat satu hadis:
Rasulullah s.a.w telah menjenguk kepada kami semasa kami sedang ingat mengingati satu sama lain, lalu Baginda s.a.w bertanya: "Apa yang kamu ingat mengingatkan itu?" Kami menjawab:"Kami mengingati perihal hari kiamat dan saat berlakunya"; Nabi s.a.w bersabda: "Sesungguhnya saat kiamat tidak akan berlaku melainkan setelah kamu melihat sebelumnya sepuluh alamat." Lalu Baginda s.a.w menyebut alamat atau tanda-tanda itu iaitu: Asap, Dajjal (orang yang menyembunyi dan mengubah keadaan perkara-perkara yang benar dengan perkataan dustanya atau perbuatan sihirnya) Dabbatul-Ardh, terbit matahari dari pihak masuknya (dari pihak barat),turunnya Nabi Isa anak Mariam, dan Ya'juj wa Ma'juj…"

jika benar,redhakan lah wahai hati...

Dari Ali, r.a, katanya Rasulullah s.a.w. bersabda; seseorang itu tidak menjadi mukmin sehingga ia beriman sekurang-kurangnya ia beriman kepada empat perkara, iaitu: Mengetahui dan meyakini bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan bahawa aku ialah Rasulullah yang mengutuskan aku membawa kebenaran dan percayakan mati yang memang ditetapkan masa dan caranya bagi tiap-tiap seorang , dan percayakan kebangkitan hidup semula sesudah mati serta percayakan kadar takdir yang ditentukan oleh Allah’..

hanya iman dapat menyelamatkan..



26 Jun 2011

bicara hati

lama suda menyepi, luka hati kini sukar di kata..mungkin diam pengubatnya...
bicara ku dalam hati. nie la jiwa, bila sudah sakit kata-kata memainkan peranan tangan nie laju je menaip meluah semua di hati..tapi apakan daya, terlalu sulit untuk ku katakan...itu lah hati, perlu ubat dengan sabar....
bukan niat untuk tarik simpati, tapi bila luka kembali hati sepi untuk berbicara..apakan daya, hati bertahan kerna cintaNYA..ini cara yg ESA mendidik jiwa yg kelam. hati ini terima dengan pasrah!
.....................................................................................................

bila di dengar musibah, semua orang pernah merasa musibah.bila dengar masalah, semua orang ada masalah. tiap2 yang hidup ada ujian dan cubaan..cuma hati saja boleh menilai tahap tingginya iman. hati yang kental akan bertahan dan pada yang sebaliknya akan kecundang. lambat bangun maka hancurlah luruh lah iman, bangkit kembali maka darjat sabar menanti...itulah lumrah, tiap-tiap yang susah ada senangnya. jika gigih, tekun, sabar, dan tawaduk segalanya akan menjadi mudah. itulah erti sebenar hidup..tanpa ujian diri akan leka dengan nikmat.maka Allah turunkan sedikit cubaan, biar diri muhasabah dan kembali ke jalan ALLAH...

......................................................................................................

bila dihitung nikmat dan hikmah,memang tak terhitung. terlalu banyaknya sehingga nombor2 yang ada tidak akan cukup..namun si manusia tidak pernah puas dengan anugerah diberi..mula lah, mengira terkira segala nikmat,hitung pun hitung mmg tak puas, ada saja yang kurang.ini lah manusia!! kembali lah diri,

.......................................................................................................

muhasabah kembali. sujud menghadapnya, cerita segala. "telan pahit senyum jadi manis" :))

2 Mei 2011

kepulangan dinantian~

begini lah rasanya bila yang dinanti cuma sekejap akan mnjadi lama...huh! benarlah kata pepatah ''penantian satu penyiksaan''... dan yang paling menggembirakan jiwa ini ialah akan kembali pulang ke tanah air tercinta! selama 3 tahun diri ini berjuang di medan ilmu, dan kini kembali pulang dengan laksana tanggungjawab yang bakal di pikul...mungkin inilah salah 1 cara terbaik untuk si dhaif ini membalas jasa keduaorang tua yang tercinta...apa yang penting, ilmu yang di pelajari akan ku gunakan untuk masa depan itulah cahaya buat jalan yang kelam...
seperkara lagi yang merunsingkan diri ini sejak setahun yang lepas. dalam diam ku bertekad dan berjanji pada diri sendiri akan menunaikan hajat di hati bila tiba masa nanti...dan masa yang di tunggu telah pun tiba. bagi aku yang dina dan kerdil ini hanya mampu melakukan apa yang patut dan selebihnya ku serahkan pada yang ESA!! ya! ku tekad akan teruskan hajat di hati.moga Allah berikan ruang dn peluang agar mendapat jalan yang mudah..AMIN YA ROBB'!!
akan ku serah cinta ini pada NYA...

p/s : Flight = AK 5460
Depart = tue 03 May 2011 JHB 09:35
Arrive = BK1 11:55


5 Apr 2011

final exam!!!

projek akhir yang dinanti2kan selama nie sudah pown selesai kini menunggu giliran pulak si final exam...huwaaaa! bila dengar jer final exam, aku semakin takut bertambah risau..semua perasaan bercampur baur...aduh!
menghadapi peperiksaan akhir sangat la sibuk..untuk aku meluangkan masa dengan mengupdate blog ku sangat lah terhad...mungkin lepas bergelar bekas pelajar akan memberikan banyak ruang buat ku mengupdate blog....
apa yang menjadi kerisauan ku kini adalah masa depan ku selepas habis belajar..ingin menyambung belajar buat masa nie memang ku tidak terpikir lagi.aku perlu menunaikan tanggungjawab aku sebagai seorang kakak kepada 6orang adik ku...perlu menyiapkan keperluan harian mereka, menghantar ke sekolah dan sebagainya...mmmm!~
''ya Allah, kurniakan hamba kudrat agar dapat menempuhi segalanya dengan redha"
~amin ya robbal a'lamin~
^_^

14 Mac 2011

yang di nanti~

fuh!!! dalam tidak sedar tinggal lagi 1 minggu final projek kami yg bakal di bentangkan minggu depan...[coklat]
bila di tanya, apa persiapan korang untuk minggu depan?? dengan slamber aku mnjawab...ala, buat je..huhu;p dalam hati berkata..risau yoo! perh, sapa yg tak risau an...ye la, nie la penentu selama 3 tahun kami berjuang..sape pown risau tau...
dan selepas tu kami akan menduduki peperiksaan akhir untuk sem akhir..yeah!! dah sem akhir!! hehee;p
setakat nie, kesibukan ku dalam menjalani kehidupan seharian ku tempuh dan ku perjuangkan dalam meniti hari2 yang bahagia dan mohon mardhatillahNYA. moga Allah bersama2 ku dalam memperjuangkan hidup!!~

sms buat ku : telan pahit, senyum jadi manis!!! ^_^

23 Feb 2011

masih tersisa~

saki baki penat semlm masih terasa, belum pown sempat rehat secukupnya sakit ku dtg kembali...mungkin kerana keletihan yg amat sgt...ya Allah, nie baru sikit! aku suda meraung bagaikan hilang tangan, sedangkan yg ku lakukan hnya lah sedikit cuma..namun, rezeki Allah mnyebelahi pd kami kali nie, prniagaan kami untk subjek 'keusahawanan' telah mngaut keuntungan yg brlipat ganda..alhamdulillah syukur nikmat!!~
kuih muih yg kami jual semuanya laku, dan untung yg di terima kami gnakan untuk modal final projek yg akan dtg..moga Allah permudahkan segalanya~~
dalam tidak sedar, lagi 2 bulan kami ingin menduduki final exam, lepas tuuu?? yahoo! dah abis blaja! hehe;p (ops! tersuka lak) seronok ker dh abih blaja nie?? mmm...mungkin seronok mungkin tidak...tapi yg pastinya, melangkah alam dewasa sgt mencabar...uh! itulah lumrah..Allah swt mnjadikan semuanya berhikmah, pada yg mngerti akn redha dengan segala-galanya...

sms buat ku: setiap yg brlaku ada senang dan susah! teruskan saja!~ ^_^

17 Feb 2011

merenung seketika~

semuanya bercampur aduk!!!



terasa lama diri ni x update blog, bla bkak blog sndiri terasa janggal bla xdek benda yg nk d baca..hehe;p [baca blog sndiri]


bila di fikir2 kan..usia makin lanjut, masa depan semakin hampir untuk berjuang..kadang2 diri terasa berat untuk memikul impian2 yg ada, tapi sampai bila mahu begini. hidup kena ada pembaharuan baru la senang untuk mndakap cita2...

hmmm, terasa cepat jer masa berlalu. tapi bekalan untuk hari akhirat masi sedikit...ingin mncari, iman adakalanya turun dan naik. sampai bila harus begini?? bla mngenangkn segala cita2 dan impian, hati adaklanya memberontak ingin cepatkn masa berlalu. tapi bila memikirkan kemampuan yg kian terbatas hati mnjadi khuatir mneruskan perjuangan..

hmmmm! apa pun, TERUSKAN SAJA KAWAN! hehe;p terasa rindu ngn slogan nie..hanya budak2 sabah jer yg selalu kedengaran ngn ayat nie. masa zaman skolah, kerap jgak la dengar ayt2 perangsang kejayaan nie..hehe;p

apa pun, berjuang untuk hidup dunia dan akhirat!

dahulukan yang wajib,
buat yang sunnat,
jauhi yang dosa!

sms buat ku: teruskan saja kawan~ ^^"

28 Jan 2011

pecah masuk VS musibah!

SubahanaAllah Maha Suci Engkau yaAllah yang menjadikan dan merancang setiap kejadian yang brlaku.hanya Engkau saja yang mengetahui hikmah di sebalik kejadian.mungkin ini cara engkau menguji kekuatan hamba ini. yaAllah kuat hati setiap hamba yang menjalani ujian MU agar hamba terus berada di jalan MU dan menempuhnya dengan redha,AMIN~

20 Jan 2011

itu lah kawan~

~kawan suka duka~

begitu lah adat...setiap pertemuan pasti ada perpisahan. dulu bersama, menghabiskan usia remaja, menimba ilmu, senyum tangis, kongsi suka duka...itulah kawan.. kini, semua sudah berlalu. hanya mimpi indah sebagai penghibur usia remaja. seronok berkawan hanya yang merasa dapat tahu. kadang-kandang terluka, kadang kadang terbeban, kadang kadang tersinggung, adakalanya menghiburkan, adakalanya terhibur, adakalanya membahagiakan....itulah kawan...jika terkenang boleh jadi kurang waras, kerna senyum sendirian tanpa henti itu tanda jiwa terhibur...riang ria bersama-sama..itulah kawan...

............................................................................

~tiap hari kawan~

kawan....
sungguh aku merindui saat kita bersama
tika itu kita perpandangan
masih belum faham antara satu sama lain
kita berkenalan berkongsi segala riang
sungguh aku merindui.....
kawan....
dulu bertemu kita malu dan segan
masing-masing memendam rahsia di hati
kita berkenalan berkongsi duka resah
sungguh aku merindui.....
kawan.....
pertama kita berjumpa
tidak kenal tidak mengerti
tertanya tanya sudi menjadi teman atau tidak
kita senyum bersama
tika itu kau pandang aku, aku pandang kau...
sungguh aku merindui....

kawan....
lama sudah berakhir kini
tidak sangka masa singkat
kita bertengkar, kembali baik
kita bergaduh, kembali kawan
dalam tidak sedar mimpi sudah tamat
dengan redha kita terima saat perpisahan
sungguh aku merindui....

kawan....
perpisah kini kenangan abadi
pesan memesan sesama kita
''kau jaga diri''
dalam tangis melambai kan tangan
sungguh aku merindui....
^__^

"saya rindu kawan-kawan"

12 Jan 2011

pedih! demi mu~

menghabiskan hari-hari bersama teman seperjuangan. memperjuangkan semster akhir kami dengan final projek yang bakal di bentangkan pada bulan mac 2011. kalau di kira penat, memang tak terkira berhadapan dengan subjek yg memerlukan otak pengiraan, otak kreatif, dan otak yang cepat tangkap. mungkin mudah bagi mereka teman seperjuangan ku.namun aku?????...ah! tidak ada yang senang di dunia nie ct! semua perjuangan perlukan usaha yang gigih! yah, gigih!!....

.....................................................................................................

kisah ini tidak lah berhenti di sini saja. ada lagi sampingan hidup yang mungkin melemahkan perjuangan ini. mungkin ianya dipandang remeh oleh setengah pihak, atau mudah bagi yang melihat. tetapi tidak bagi yang lemah menerima cabaran ini.

........................................................................................................


persoalan ini sentiasa bermain di fikiran ku. entah kenapa kali ini sukar sekali aku memaaf kan insan kerdil yg punya kelemahan, sedangkan aku tahu hidup bermasyarakat dengan pelbagai hati dan ragam yg berbeza adalah normal jika berasa tersinggung. hati yang satu ini perlu di jaga agar ianya tidak menjadi dendam..Ya Allah, adakah aku sudah ketahap itu?..Nauzubillah..moga Allah jauhkan! aku tahu kesilapan itu memang payah untuk aku terima. tapi ku telan jua kerna itu lah dia. mungkin aku marah di kala perbuatannya melampau, namun perasaan marah ini jika tidak ku lawan maka akan menjadi satu kerugian bagi ku..."yang bernama hebat bukan lah orang yang banyak menjatuhakan lawannya, tetapi adalah orang yang handal dan sejati adalah orang yang sanggup menguasai dirinya ketika marah" [Hadis Riwayat Muslim]....

dengan perasaan merendah diri dan hina ku maafkan dia, itulah yang terbaik. "sebahgian ketenangan buat hati, adalah dengan memaafkan semua orang sebelum tidur" ^_^
sms buat ku: ubatlah hati mu yang luka dengan memaafkannya!! ^_^

Cintan Cintun...^_^

901279

CINTA yang bukan sekadar buta.

CINTA yang bukan sekadar membius kewarasan minda.

Tetapi CINTA yang akhirnya mengheret ke dalam

ke sesatan yang nyata...