"sabar ct, jangan sedih2 lagi ye.tahun depan cuba yg trbaik lagi k" kata2 perangsang teman2 ku di kala hati ini di landa cubaan..huh! salah sendiri, tidak bersungguh2 dalam menimba ilmu. kalau temanseperjuangan ku boleh lulus semua kenapa aku tidak! sebab x blajar betul2! itu la jawapan yang tepat buat mu ct!
.....................................................................
yah, ct akur kesalahan ct. mungkin ini la akibatnya kalau ct tak bersungguh2. ct sangat kecewa ngn diri sendiri,tp apa kan daya, yg lepas dh pun berlalu so ct kena gak hadapi yg bakal mendatang. sem depan adalah sem yg sgt mencabar, ct kena kuat kan semangat untk hadapi sem depan. walaupun ct tahu sejauh mana kekuatan ct, ct cuba untuk buat yg terbaik! ini lah hakikat,
hidup penuh cabaran harus di tempuhi, "aku boleh" yah!
...................................................................
ya Allah,
jangan la kerana kegagalan ku ini
aku jadi lemah....
masukakn lah ke dalam hati ku rasa cinta pada dugaan MU
agar aku rasa nikmat menghadapinya....
masukkan lah ke dalam hati ku rasa enak menelan kepahitan MU
agar aku rasa sedap hadapi setiap ujian MU..
Ya Allah,
jangan lah Kau biar kan aku terus dalam kelalaian
kerana itu aku selalu gagal...
ingat kan aku di kala aku lupa
sadarkan aku di kala aku terleka
hukum aku di kala aku berdosa
terima aku di kala aku memunajat pada MU
ya Allah,
kira nya airmata ini dapat meringan kan ujian MU
maka jangan lah Kau keringkan ia dengan keegoan hati ku
biar lah pipi ini menjadi saksi airmata dosa!
hamba mohon ya Allah, dampingi hamba senantiasa~