Mawar Berduri

896270

4 Wanita Mulia~~
Rasulullah s.a.w bersabda:
``Ada empat wanita mulia yang juga penghulu segala wanita, mereka itu ialah Asiah binti Muzahim (Isteri Firaun), Maryam binti Imran (Bonda Nabi Isa a.s), Khadijah binti Khuwalid (Isteri Rasulullah s.a.w) dan Fatimah binti Muhammad ( Puteri kesayangan Rasulullah s.a.w)``
~HR.Bukhari~

31 Mei 2010

DOA BUAT SAUDARA D GAZA


DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH DN MAHA PENYAYANG


marilah kita sama2 mendoakan saudara2 kita yang sedang bertarung nyawa demi agama ISLAM! moga kemenangan dan kebenaran terus bersama kita (ISLAM)




30 Mei 2010

santai..

with the name of Allah...
tajuk tu xdak kaitan pon..so, abaikan..hehe~
ct hrap pertemuan kali nie di dlm redha n RahmatNya.syukran!
lama jugak la ct x update blog nie, mklumlah bz berniaga.(ceh, cm besar jer bisnes nyer)hihi;p
alah, brniaga kecil kecilan jer, hnya di rumah..tp, sedih la prniagaan ct kena tutp bt masa nie sbb ct kena smbung stdy.( so, pda mereka2 yg dh buat temphan tu, ct mnta maaf sgt lau ct x dpt nk buat)..huhu;p
sedih ker?? mmm, x lah jugak..hepi la kn sbb dpt smbung stdy, bisnes tu kn leh bkak lagi tp pas ct dh abeh blaja la..mmm..
tp kn, semangat nk blaja tu dh cm hilang la plak..huhu;p kemana kah ia??? hehe;p
xleh jadi nie, aku kena jgak kuatkn semngat nk blaja, cari ilmu kena rajin usaha "hati ct tetibe jer brsuara" wah! hati ct dh bersuara..hehe;p
tp yg tak bestnyer, ct dpt sambung kt poli johor..waaa~ tetiba jadi sedih, ct terbang lagi!! oh, tidakkk! ct cuba usaha tuk buat pemindahan poli..ct harap dpt la tukar kt poli K.K nie jer..dekat ngn family, senang balik..hehe;p (tu ke niat nk g blaja??ish3!)
bukan tu niat ct, ct cma nk kurang beban mak ayah ct, blaja kt rantau org bnyak nk kena kuar duit.bkn ct sorng je yg mkayah nk tanggung.(hehe;p ank mithali la nie)mmm...
ct sesaja post blog nie, so ayt pon brterabor la..hehe;p
get ready to study!study! n study!
~ya Allah, permudahkan lah urusan ku dlm mengejar ilmu~

11 Mei 2010

sebuah duka...


duka ini telah mngajar ku erti kehidupan
duka ini telah mendewasakan akal ku
sepanjang kedukaan ini
aku belajar erti tabah
sepanjang kedukaan ini
aku belajar erti juang...

selama mana hidup ku
telah menjadi rutinku
memendam sebuah duka...
caci hina telah di tuding pada ku
pelbagai tomahan telah di lemparkan pada ku
sedari usiaku masih mentah
dan kini faham erti duka...
di malam sepi..
aku sujud mengharapkan belasNYA
menangis meluahkan rasa duka
pinta ku hanya kekuatan dariNYA
bagi sebuah duka
yang mengerti segala ronak...
di kesepian malam
ku imbas sejarah pahit ku
sepertinya menyampaikan sebuah pesanan
bahawa hidup mesti di teruskan

kedukaan ini...
mampu membuatkan ku tersenyum ikhlas
masih mampu menbuatkan ku
tersenyum keriangan...
sebuah duka akan lesap
bila hari semakin terang
dan mata yang terbuka
telah menguatkan sebuah azam
agar meneruskan hidup
di lembaran baru...

aku yakin..
aku mampu berdiri di sebuah duka
aku mampu tersenyum
menelan hempedu
aku mampu keriangan
di dalam sakit
kerna ku tahu Allah bersamaku!!

~wahai duka, pergi lah berlalu di telan masa~

8 Mei 2010

buat mu umi...

umi....
panggilan ini buat mu
pengorbanan mu dalam memperjuangkan hak kami
sukar untuk di mengerti..
tiada yang lebih istimewa melainkan mu umi
ratu hati ku
engkau masih tersenyum dalam kedukaan
kerana kebahagian ku
kau lebih rela pada derita
langsung tidak kau endahkn
kesejahteraan mu
bagi melihat senyuman ku
adalah lah cinta mu

umi...
hari keramat ini sangat lah berharga
mengingat kn dirimu dan semua yang bergelar ibu
mungkin ianya hanya sehari
namun umi..
tetap terpahat dalam sanubari setiap saat
umi lah yang diraikan setiap hari,
hari-hari kami akan ceria di samping mu umi..
umi...
kelemahan mu bukan lah
penghalang pendidik kami
bagi kami kau lah guru cemerlang
kegemilangan mu dalam membesarkan kami
ternyata satu perjuangan yang pasti menang!
umi...
walau kau jauh di mata
namun kau dekat di hati
betapa sukar melupakan mu
walau hati mu sering di sakiti
dek kedegilan ku yang melampau
namun sabar mu tetap untuk ku

umi...
mungkin suatu hari kita kn terpisah
janji Tuhan pasti datang
Pencipta tempat kita kembali
mekar cinta-NYA tetap buat mu umi..
"syurga anak di telapak kaki ibumu"
betapa tinggi cinta Allah buat gelaran ibu
walau hilang cinta dunia
tapi cinta Agung tetap membara

umi...
jangan kau khuatiri akan hari depan
masa kan berlalu, namun umi tetap yang satu
pesanan ringkas mu akan ku jadikan
nasihat diri
kemana pun keberadaan ku
namun suara nasihat mu
kan terngiang-ngiang di telinga ku

umi...
mungkin terima kasih ini
hanya ungkapan ringkas bagi yang mendengar
mudah di luah dengan kata
tapi manfaatnya sangat bernilai
sangat tinggi buat umi...

umi...
kini ku besar dewasa
air susu mu menjadi punca kesihatan ku
sebati dalam darah ku
menjadi sumber utama ku
membesar dengan baik..

terima kasih umi!
moga Allah meletakkn mu di antara
golongan hambaNYA yang terpilih
golongan orang-orang yang beriman
dan di tempatkan engakau di syurga yang terpilih...
amin....

7 Mei 2010

Perjalanan Ini...


sepanjang perjalanan ini.....
banyaknya liku ku tempuhi
kekuatan keazaman
benteng pertahanan ku

masih lagi ku berdiri
menahan ranjau duri
walau ku rasa pahit
tapi ku tahu semua itu nikmat
dalam ku berlari
mengejar ilmu di rantauan
disiplin, toleransi, berdikari
menjadi keutamaan ku

perjalanan ini satu perjuangan
perjuangan ini satu pengorbanan
pengorbanan ini satu kekuatan
kekuatan inilah kejayaan!

sepanjang perjalanan ini....
ku jatuh bangun kembali
cita-cita ku yang belum terlaksana
menagih impian menjadi realiti

sepanjang perjalanan ini...
aneka hasutan menghantui jiwa
namun ku perang ia dengan senjata iman
iman yang sedikit cuma
ku siram dengan ibadah
agar terus subur di sanubari
dunia baru mengajar ku
erti kehidupan sebenar!
~moga diri terus tabah
dalam menempuh jalan yang panjang~

4 Mei 2010

selesai sudah...

With the name of ALLAH SWT...


Alhamdulillah..akhirnya selesai jugak konvokesyen ct di PSIS...syukur dengan izinNYA ct dpt menempuh segala kerumitan dn kesulitan sepanjang ct berada di sana( semenanjung) selama 7 hari (ceh, cam lama jer kan)..hehe;p


dan x lupa jugak buat sahabat2 ct, kiah n de geng( bnyk sgt nk di sebot) yg bnyak membantu..t.Q!.. x lupa gak pada si kancil yg berjasa dr KLIA smpi la ke Sabak Bernam ( kiah, kancil ko tu bnyak jasanyer ko jaga elok2, bla sakit bwak g klinik..hehe;P)

ct jugak nk ucap terima kasih ( cm nk bt ucapan la plak, hehe..) buat sahabat2 ct yg x lupa bg bunga n hadiah2 yg cntik sgt...bunga tu tlh selamt smpi ke sabah..hehe;p



akhirnyer selesai sudah pengembaraan mencari ilmu di rantauan (ceh..^_^) selama 2 tahun ct di tanah semenanjung..


banyak kenangan pahit dan manis yang x mungkin ct lupakan...
bagi ct di sana lah perjalanan hidup ct bermula...
syukur segala nikmat dan hikmah yg di berikan..





nie jer la gmbar2 yg dpt ct upload.bnyak sgt gmbarnyer..hehe;p






bunga pertama yg smpi d tngan ct dr umi tercinta.t.Q!





dari adik ahmad. t.Q!





makci ampang..makaceh!





dr ara..tanx my dear!





sijil pengurusan hotel dan katering



teman-teman seperjuangan


kejayaan dirai bersama!

teman-teman, kejayaan yg kita perolehi gunakanlah sebaik mungkin agar menjadi manfaat buat diri kita dunia n akhirat! teruskan usaha dalam mengejar ilmu Allah.moga kita termasuk di antara golongan hambaNYA yang beriman, berilmu dan beramal...^_^

Cintan Cintun...^_^

901279

CINTA yang bukan sekadar buta.

CINTA yang bukan sekadar membius kewarasan minda.

Tetapi CINTA yang akhirnya mengheret ke dalam

ke sesatan yang nyata...