31 Mac 2010
Tangis!
benarkan aku untuk berkongsi duka bersamamu
izinkan aku melerai dosa ku yg bertimbun
hanya engkau teman penghapus lara
wahai tangis,
air suci membasahi pipi
menundukkan kelemahan
mempertahankan maruah
menguatkan jiwa
diri diselubungi dosa
air jernih jatuh berderai ke bumi...
tangisku kini terlerai jua
bukan paksaan, tanpa sengketa....
ujian-Nya mengugat hiba jiwa ku
aku sepi bertemankan tangis
kelemahan belum menjamin hari mendatang
hanya tangis doa penentu segala
tangisku kini terlerai jua
tidak lagi terungkap dengan kata
jiwa lemah sering ternoda
hanya tangis penunduk nafsu
tangisku terlerai jua
memohon sedikit kudrat
agar mampu berdiri teguh
agar amanah dilaksanakan dengan syarak...
Ya Allah,
dalam hidup ini
ada yang dapat ku gagahi
dan ada juga
yang gagal ku tempuhi...
27 Mac 2010
mengapa harus bersedih!
17 Mac 2010
Jangan Berkata 'Kalaulah'
Orang mukmin yang kuat adalah lebih baik dikasihi Allah daripada orang mukmin
yang lemah.masing-masing ada mempunyai kebaikan. Bersungguh-sungguh mengerjakan sesuatu yang berguna (di dalam dan di akhirat), dan hendaklah selalu meminta pertolongan daripada Allah dan janganlah berasa lemah, yakni putus harapan, atau merasa hampa. Jika engkau di timpa sesuatau janganlah berkata "Kalaulah aku berbuat demikian tentu akan jadi begini dan begitu", akan tetapi katakanlah "Taqdir Allah, dan Allah berbuat sekehendak-Nya". sesungguhnya perkataan"Kalaulah" hanya membukakan jalan bagi syaitan untuk berbuat sesuatu.
insyaAllah, semoga dengan sedikit ilmu nie, kita dapat beramal bersama.
wallahualam...^_^
16 Mac 2010
Tangisan Si Kecil
assalammualaikum, ct harap saudara sekelian di dalam sihat walafiat.semoga kita di dalam RahmatNYA.
Alhamdulillah dengan berkat kesihatan dan limpahan rahmatNYA, ct dapat lagi menulis, meluahkan rasa di hati.(heehehehe)...
dah lama ct x post blog asyik sibuk memanjang.huhuuhu...sebenarnya ct tergerak nk post blog ni sebab rasa sedih bila dengar berita isu penderaan kanak-kanak.tengok t.v(berita) je kes dera kanak-kanak, denganr radio kes dera kanak-kanak, sampai jumpa kengkawan pon bincang isu kes dera kanak-kanak yang semakin berleluasa di bumi fana ini.ct sedih sangat bila dengar kes dera kanak-kanak nie, kenapalah insan lemah itu yang menjadi sasaran tangan-tangan kejam??mana peginya hati kemanusiaan dan belas kasihan??kemana hilangnya nilai insan yang selama ini di terapkan di hati setiap masyarat, adakah kita sudah kembali di zaman jahilliyah?(nauzabillah).tidak dapat ct luahkan dengan kata-kata, sebab ct pon hidup bermasyarakat ct sendiri tidak dapat simpulkan manusia jenis apa yang mendera kanak-kanak ini tanpa belas kasihan.cuma bagi mereka yang melakukan tugasan kejam ini, bertaubatlah selagi nyawa di kandung badan.berfikirlah dulu sebelum bertindak, lawanlah iblis yang menjadi ketua segala permasalaan ini.tetapkan jiwa bersama Pecipta Agung,nescaya kita akan terlindung dari godaan syaitan.
wallahu'alam.....
Tangisan Si Kecil
Deritanya tak siapa rasa
Tangisnya tak siapa tahu
Jeritannya tak siapa dengar
batinya tersiksa menjerit kesakitan
hanya di pekakkan oleh telinga yang mendengar
perit yang dirasa
di pandang sayu oleh mata yang melihat
namun, si kecil yang menanggung sakit
lebih terasa pedihnya
suara halus itu menjerit
meminta simpati
tidak tertanggung peritnya
luka di badan, parut di kulit
hasil coretan tangan si kejam
melakar parut parut halus merah berdarah
si kecil hanya mampu berendam airmata duka,
memendam sengsara, menanggung derita
tangan kasar penuh noda
tidak henti menghayun pukulan
melepaskan rasa pada si kecil,
menghempas kuat tumbukan
melepaskan dendam pada si kecil,
melontarkan tamparan hebat
melepaskan geram pada si kecil,
tangisan si kecil di abaikan
pukulan demi pukulan dilemparkan
pipi yang basah dek airmata
tidak dapat lagi berbohong
lemah longlai tubuh si kecil
tak tertanggung sakit yang diberi
jeritan yang lantang tadinya
senyap detik demi detik
airmata kuyu tidak lagu mampu di luahkan
hanya esakan perit kedengaran
tangan kejam terus bekerja
menurut perintah si iblis
rasa puas menguasai jiwa kejam
melakar senyuman
melihat si kecil tidak berkelip....
8 Mac 2010
Diari seorang Hamba
syukur ct panjatkan pada ilahi kerana masih memberi ruang nafas untuk ct menulis di sini.
Hari nie ct ingin berkongsi kisah dengan saudara tentang seorang hamba. Dimana, kisah ini sedikit sebanyak membuka mata hati ct untuk lebih dekat pada yang Esa, pencipta sekelian makhluk. Ct harap saudara dapat mengambil ikhtibar dari cerita ini.
mungkin ianya tidak menarik, namun kuat hati ct ingin berkongsi cerita serta pandangan bersama saudara, agar yang keruh kita buang jadikan pedoman yang jernih kita ambil jadikan panduan.
~Alkisah~
Aku seorang hamba yang penuh dosa. Dewasa ku tidak pernah kenal dengan sejadah. Nikmat Allah telah banyak melalaikan aku mengingati NYA.
* suatu ketika aku telah mengenal siapa diri ku, saudara ku sendiri telah menceritakan kisah silam kedua orang tua ku yang berkaitan dengan hidup ku. hasil cerita tersebut, aku telah mengetahui yang aku adalah 'anak luar nikah', jantungku bagaikan terhenti sesaat. Masalah itu aku hadapi tidak sesuai dengan usia muda ku. Aku masih mentah berhadapan dengan situasi itu.
* minda ku bagai di rasuk syaitan, iblis memainkan peranan melaksanakan tanggungjawab menghasut dan menyesatkan manusia. lantaran itu, hati ku jadi geram, marah dan kecewa dengan nasib menimpah ku. Aku mulai menyalahkan nasib dan semua orang. sekelip mata aku berubah menjadi lebih agresif. Hati ku menjadi keras penuh dengan kebencian.
Namun, jauh di sudut hati ku untuk ,meluahkan segala yang tersirat, menceritakan segala kekecewaan ku. Hati ku kosong dengan teman bicara, tiada tempat untuk aku mengadu nasib, tiada ruang untuk aku membela diri. Apa yang ku lihat di usia mentah ku, masyarakat sungguh memandang jijik dengan insan yang di lahirkan tanpa ikatan yang halal. Aku malu, malu dengan diri ku sendiri. mereka memandang ku kotor???
Tidur ku bertemankan airmata duka. Aku kecewa, kecewa dengan insan yang melahirkan ku. Aku jadi benci pada mereka. Tetapi batinku seringkali kalah mengenangkan betapa banyak pegorbanan mereka untuk ku. hari demi hari ku lalui dengan kedukaan, aku bagaikan kehilangan nyawa. waktu ku buang begitu sahaja. Dikeheningan malam, aku bermuhasabah diri. Membuka ruang hati ku untuk menerima segala ketentuan NYA dengan tabah. Ku tenangkan jiwa ku agar ku hadapi ini dengan taqwa.
untuk pertama kalinya ku bentang sejadah, dua tangan ku tadah meluahkan segala yang tersirat, memohon Hidayah dan PetunjukNYA agar memberi ku jalan yang benar. sejadah menjadi saksi setiap titisan airmata duka ku. duduk ku di atas sejadah memberi ruang dan peluang untuk aku menghadapNYA. Saat itu jiwa ku tidak lagi sunyi. ku terima keadaan ku dengan positif, aku didik jiwa ku untuk mengambil ikhtibar diatas apa yang terjadi pada diri ku. kini ku temui sahabat Hakiki. Tempat ku mengadu dan memohon petunjuk. Aku lebih tenang sujud menyembahNYA.
- Aku Masih Mencari RahmatNYA
kini ku dewasa, dewasa ku mematangkan aku erti kehidupan. Tibalah masanya untuk aku keluar jauh dari dunia fantasi ku.
Aku telah di tawarkan untuk sambung belajar jauh dari keluarga ku. Di sini lah kebebasan menguasai diri ku. Membebaskan diri berhadapan dengan pelbagai cobaan duniawi. kehidupan luar adakalanya membawa aku kejalanNYA, adakalanya aku terpesong jatuh dengan nafsu dan segala anasir jahat kadang-kadang aku sedar, kadang kadang aku alpa. keadaan ini telah membuat kan aku risau dengan hari mendatang. risau ku untuk melawan godaan syaitan. adakah aku terlepas dari melakukan dosa....?
kini ku cari dan terus mencari Rahmat Allah agar diri ini terus melangkah ke jalan yang betul, agar terus mendapat cahaya dan kinayahNYA agar iman ku cukup kuat untuk melawan nafsu yang kian membiak melebarkan sayap kesesatan yang nyata....
~ "Aku" hamba Allah S.W.T. ~
Ct harap cerita yang ringkas ini dapat memberi kepuasan pada saudara yang membaca. mohon maaf sekiranya penulisan ct kurang menarik dan segala kesilapan yang tidak ct sedari...
Apa yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T. dan yang buruk itu datangnya dari diri ct yang dhaif. " wallahu 'alam"
wassalam ^_^
7 Mac 2010
Jiwa Sepi
Sepi,
Jiwaku sepi tanpa cinta
Sunyi,
Hatiku sunyi tanpa kasih
Kosong,
Naluriku kosong tanpa rindu
hati,
kadangkala meronta-ronta ingin di cintai
nafsu mulai menghasut jiwa
iman ku datang dan pergi
sesungguhnya aku hamba yang dhaif
kekosongan hati ini menguatkan ku untuk berkasih....
ku hembus perlahan nafas ku
pasrah pada yang Esa....
Iman ku berbisik sepi,
Biarlah aku berkasih kerana Allah
Biarlah aku berkasih ke jalan Taqwa
Biar lah aku berkasih pada yang halal
ku teguhkan jiwa,
sebulat prinsip ku ikat teguh
hati yang rapuh ku didik terus
sayup sayup bibir ku berbicara
"cinta ini hanya untuk sang suami"
takkan ku biarkan ruang hati ini
di isi dengan dosa dosa kering
walau akar jahat mula menjalar
akan ku serahkan hati sepi ini pada Ilahi
ku kuat kan lagi
dengan doa senjata mutlak
menundukkan bara nafsu yang
ku khuatiri makin menyala
tidak akan ku beri peluang
menguasai jiwa sepi ini
sepi ini,
kan ku isi dengan Cinta-NYA
sunyi ini,
kan ku hiburkan dengan Memuji-NYA
kosong ini,
kan ku penuhkan dengan Rindu-NYA
hanya yang Esa Cinta Hakiki
Mahar segala cinta
Cinta Suci
Cinta Teguh
Cinta Agung
Ya Allah,
jika dia benar untuk ku
tetapkan lah hati nya dengan hati ku
jika dia bukan untuk ku
damaikan lah hati ku dengan ketentuan-Mu
3 Mac 2010
umi oh umi!
dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang,
sejak kebelakangan nie, ct tention sgt dok umah...
xtau la napa..dlu kanmen lg, time blja nk sgt dok umah rehat2.
tp bla dh abih blaja nie xnk plak dok umah, bru 2 blan cuti..mmm,
tention kot ble dgr umi asyk membabel jer, tu x kena nie x kena..ish!!
bla ct nk mrh kt umi jer, ati kecil ct slalu berbisik,
"payah sgt ke nk dgr ckp mak tu ct?? apa dia ckp tu pn tuk kebaikan ko gak. ko kena ingt bnyk dh pengorbanan dia dh bt tuk ko!ingt tu!papepn dia ttp ibu yg nk tgk anknyer membesar dgn sempurna',ttp ibu yg pena lahirkn kite!''
kengkadang kite x mampu nk lawan ckp ibu, sbb dowang la syurga kita, ape yg mmpu kite lakukan nangis, nangis n trs nangis (cm budak kecik jerk).tp tu la yg mampu kite lakukan tuk sedapkan ati..
muhasabah diri,,,,
mgkin kite x rasa apa yg ibu2 kita rasa skarg, bla dh ada ank sndri mgkn bru kite faham perasaan ibu2 kita tanggung skrg..
kite sbgai ank, baik buruknyer ibu kite tu, ttp ibu kite.ttp tmpt syurga kita.
kerna mereka lah kite nmpk dunia,papepn kite kena brsyukur dgn apa yg kita ade.x sume org lahir d dunia nie dpt tatap wajah ibu mereka. so, nasib kita yg masih beribu nie lagi baik dr yg x bribu.kite hargailah ape pn pemberian Tuhan pada kite. selagi mereka ada, bahagiakan lah mereka, mereka akan nampk bahagia ble tgk kajayaan dan kebahagian kite.
~ sob sob~
wassalam...
Cintan Cintun...^_^
CINTA yang bukan sekadar membius kewarasan minda.
Tetapi CINTA yang akhirnya mengheret ke dalam
ke sesatan yang nyata...