Ada apa dengan cinta
cinta dusta lupa pada penciptanya
layak kah manusia ini di cintai??
berapa banyak cinta yang di tabur untuk insan??
dan
berapa banyak pula cinta yang di tabur pada penciptanya??
cinta insan dan cinta Ilahi jauh berbeza
namun, cinta yang lahir tetap satu
tetap utuh dalam hati
cinta ini layak untuk siapa?
beri cinta pada kekasih?
adakalanya di hargai, adakalanya membahagiakan
namun,,,
melalaikan, merosakkan, mendustakkan kata-kata dan janji
dan menjahanamkan!!
labuhkan cinta suci ini pada kekasih yang halal
di situlah letaknya kenikmatan
cinta ini, malahirkan pewaris pembela agama dan umat!
beri cinta pada saudara?
tempat kita berkongsi kegembiraan
memecahkan kesunyian
megukuhkan lagi persaudaraan
namun,,,
cinta saudara hanya sementara
cinta saudara hanya sementara
ianya akan pudar ditelan zaman
maut menjelma, tanah juga tempat kembali
beri cinta pada ibubapa?
banyak hikmahnya
disitulah letaknya syurga anak soleh
tempat kita mengadu kasih
tempat kita membela diri
cintakan mereka
maka, cinta pada pencipta
beri cinta pada rasul?
itulah sebaiknya
pejuang islam yang banyak berkorban untuk umat dan agama
manusia pilihan Allah
yang tidak putus putus di uji
cinta padanya
maka, cinta pada agama dan sunnahnya
beri cinta pada Allah S.W.T?
itulah cinta hakiki
cinta yang kekal abadi
mencintai-Nya
mendapat sejuta kedamaian dan kenikmatan
cinta-Nya adalah cinta Agung
cinta-Nya tidak dapat di balas dek kerana nilainya yang tinggi
itulah sebenar benar MAHAR CINTA
tempat kita kembali...
.........................................................................................................................
- nah! apa tunggu lagi kawan-kawan
mari lah kita sama-sama merenung makna cinta
cinta itu fitrah
cinta itu suci
jadi, serahkanlah cinta ini pada yang sepatutnya
nescaya kita akan menikmati cinta Agung
^_^