31 Dis 2010
sedih,sayu,pilu~
walau sehebat mana pun apa yg kita rancang, hebat lagi penentuan Allah SWT..kita hambaNYA harus terima dengan redha ketentuanNYA barulah RahmatNYA terus mengalir buat kita. mungkin apa yang kita lihat dengan apa yang Allah bagi tidak la sehebat mana pun yang kita jangkakan, hanya mata kita sahaja yang melihat kelemahan dengan nikmat Allah berikan, tetapi hakikatNYA Allah telah memberikan bersesuaian dengan fitrah kehidupan kita. hanya mata kita saja melihat keburukan dan kelemah tersebut...mungkin kita merasa perit menerimanya, namun hikmah disebalik pemberianNYA tidak kita ketahui dn nampak.yang kita nmpak hanya sakit menerima ujian Allah! benar, perit, sakit, mmg yg kita dapat..tetapi ingatlah sakit itulah penawar buat hati yang gelap...hati yang penuh dengan dosa dan noda.betapa sayangnya Allah pada kita kerana memberi ruang dan peluang pada kita memberi sakit tersebut...bersyukurlah wahai HATI!
penawar buat hati yang luka....
berserah lah pada Allah, moga hati mu terubat dengan cintaNYA.
bersabarlah wahai hati~
(-_-)
sms buat ku: Allah ingin menjaga mu dari sebarang noda dan dosa!!! [hikmatun]
26 Dis 2010
KASIH IBU HINGGA KESYURGA
KASIH IBU HINGGA KESYURGA
Airmata Ibu,dendangan Siti nurhalizah. tiba-tiba saja lagu tu menyentuh perasaan ku..
entah kenapa aku jadi sayu mendengarnya, mungkin sebab lirik lagu tu yang menerangkan maksud yg tersirat.yah! sangat tersirat....~
............................................................................................................................................................................
24 Dis 2010
Harga Sekuntum Cinta - Far East
pencinta setia~
lupakan lah dia pendusta yang setia,
kembali lah pada hidup lebih bermakna....
ya Allah,
temukan aku pada
pencinta yang setia~~~
^_^
18 Dis 2010
hati sepi~
16 Dis 2010
kejam,kejam,kejam!!!~
nie la luna n lala...kucing kesayangan ct n adek2..:)
besar dh luna ngn lala nie, pandai dh bawa diri..hihi;p
nie la endot...ct kutip dia.pas abis kelas.nk blik tu, dia ikot jer,ct pon x smpai hati, ambik la(al kisahnyer)hihi;p..memula jmpa kt kelas malu2 je nk kenal2, ct dok main2 ngn dia.sonok.... pas abis klas die ikot jer ct blik..hehe;p (cian die) kurus jerr..
sapa kata kucing tak comel??? comel jer kan...hihi;p
auchak!!!~
Hikmatun: Sama-samalah kita mengelakkan diri dari menyeksa binatang, lebih-lebih lagi menyeksakan mereka dengan api. “Sesungguhnya tidak ada yang berhak menyiksa dengan api selain Rabb (Tuhan) pemilik api.” Hadith Riwayat Abu Dawud, hadits shahih
“Seorang wanita masuk neraka kerana kucing. Ia menahannya hingga mati. Ia masuk neraka kerananya, kerana ia tidak memberinya makan sebab ia menahannya, dan tidak membiarkannya makan serangga-serangga tanah.” Hadith riwayat Bukhari.
semoga kita tidak berlaku zalim dan kasar terhadap binatang kesayangan nabi ini.. bertaubatlah mereka yang telah berlaku kejam pada kucing!~
15 Dis 2010
teman@sahabat@rakan@kawan~
ct xtau nk ungkap kata maaf nie cmner, slpas kita dh buat salah, MAAF adlah prkara yg mudah untuk d ungkap...waaaa! maaf kan aku!!~
maaf la, ini jer yg mampu ct karang, huhu;p x bape sihat, badan lemah sgt2~ huhu
rindu kelurga ku yang jauh di mata dekat di hati~~~ ^_^
9 Dis 2010
ishhh!! geramnyerrrrr!!!
ct geram betul la, aritu meeting kate len, pastu arinie meeting kate len...mne satu betulnie??? pastu sesuka hati die jer suh tuko tema..kite dh penat bersengkang mata buat projek tu tetibe suh tukar..mmg panas la kan..
huhu;p [masih emosi]
ok fine! yg baca nie pon msti pening "ape la si ct nie cuba smpaikan, serabut" haha;p mmg serabot pon..
[jiwa kacau]
sori yer kengkawan...ct arini nie mood x bape nk elok sgt.
...............................................................................
aduhai la ct! jangan la marah sangat dengan perkara nie...itu bru permulaan. ko akan tempuh lagi banyakkkk cabaran selepas nie. atasi semuanya dengan senyuman dan sabar, itulah kunci segala kejayaan..huhu;p
[kembali bersemangat]
.......................................................................................
ish2! nk tau, tadi ct hampir2 brtekak mulut ngn classmate ct..huhu;p ye la, masing2 ade pndapat masing2 kan.sume dh besar kn, so, bnyak la kepalanyer..hehee;p...
bla...bla...bla...bla...so, kesimpulannyer setiap org hasilkan 1 produk yg bertemakan coklat! fullstop! jangan sesape ade bangkang selagi lec x brsuara. teman2 seperjuangan xde hak kritik hasil keja org..dalam erti kata lain, korg la buat la kerja ko n projek krng dengan baik, jangan dok sebok keja org len....hehee;p [terkaso plak,]
''dah ct dah, makin lama ko dok makin banyak la ko mngarot'' dah, g solat sane!! hehee;;p
salam perjuangan~ ^_^
8 Dis 2010
dairi hati ku.~ragam study~
"letihnya badan"... fuh! rungut ku dalam hati. Isnin,rabu,khamis dan jumaat adalah hari yg memenatkan buat ku dan juga teman seperjuangan ku. mujurlah hari selasa kami tiada kelas, hanya teman2 yg carry modul kitchen sahaja....dalam tidak sedar, kini ku sudah menjangkau sem 6. sem yg sangat mencabar buat kami yg menuntut. di situ la kami akan menghasilkan satu produk hasil pembelajaran kami dari sem 1 sehinggalah sem5. dan kemuncaknya adalah sem 6...yah! kawan2, masa nie la kita kena buktikan yg kita boleh lakukan! kita kena buat yg terbaik untuk final projek kita! itu la sahutan semangat juang teman2 ku...terasa berkobar2 ingin melaksanakan projek kami yang bertemakan coklat! huhu;p..nk sebut coklat pon kena bersemangat gak..hehe;p apa pun, semoga aku, dan teman2 dapat menyiapkan projek yg terbaik ;)chaiyok3!!!
........................................................................................
3 Dis 2010
dairi hati ku
sabar perlu dalam menjalani jejak dunia. tidak perlu merungut atau bermasam muka dengan kehendak Ilahi. yah! aku harus kuat! menghadap kerenah manusia yang pelbagai ragam banyak menguji aku menjalani hidup.mungkin ini cara Yang Kuasa mengajar aku agar lebih tabah.....
...............................................
hari demi hari ku lalui, ku tempuh walau sakit. aku kurang paham dengan telatah manusia bagaikan ombak memukul pantai, luarnya sangat indah tp yg terpukul sangat sakit....ah! biar la, itu sume hanya dunia!
sedihnye bila di sakiti kan....dan yang menyakiti sangat bahagia..(bahagia ker) hhmmmm! ntah la....
apa yg nk ko smpaikan nie ct??? (jiwa kacau) banyak mengarot la ko...huhu;p (sekadar luahan)
....................................................
rindu pada kelurga yang jauh di mata dekat di hati! moga kalian dalam lindungan Allah SWT...amin~
26 Nov 2010
ku terima jua
23 Nov 2010
say t.Q!
akhirnya selesai suda proses pembersihan blog kesayanganku..heheee;p
t.Q pada adik tercinta yg bertungkus lumus membersihan blog nie..hehee;p(tanx ayang, tahon depan ya hadiahnya, t tiba masanya, ko tlg update kan lagi yak..hehee;p)
di harap pengunjung berpuas hati dengan blog yg dhaif ini..segala kritikan dan pendapat amat saya harapkan...
sekian terima kasih. ^_^
15 Nov 2010
alamak~
agak berterabur sikit blog kesyangan ku ini..tapi apakan daya, tuannyer malas nk betulkan gambar2 yg bersepah tu..haha;p
di sebabkan bercuti sakan.so, x dak masa melayan blog ini..hehehee;p
(ada masa saya kasi makeup lebih sama ini blog ok!) hehee;p
p/s : maaf kalau kurang menarik.masih dalam proses 'pembaikan' hehe;p
11 Nov 2010
kelapangan~
hanya hiasan semata
sementara duduk kebuhsanan d ofis kiah nie....maka, tercetus la idea untuk berkarya..hahaaa;p(karya la sangat)...ct hanya mampu melihat pelbagai gelagat "ofis2 women"...hahahaa;p
alhamdulillah..maka tersebut la kisah(agak mengarut sikit,hehe;p)
setelah berhempas pulas menghabiskan 'exam' yang agak sukar untuk diri yang lemah nie..akhirnya selesai sudah semua kesulitan2 soalan dan segala tugasan2 yang di berikan untuk sem nie..hehehe..
sehingga la sekarang, ct boleh 'relax' kejap lapangkan otak untuk hadapi cabaran sem depan plak..
alkisahnya..(jangan tiru ayat serong nie) hehee;p
mood: sedikit gumbira kerana dapat bercuti!~
.......................................................................
semoga sepanjang perjalanan ku di rantauan nie,
aku dapat harungi dengan tabah.
~kuatkan sabar, tabahkan hati~
5 Nov 2010
warkah "Ikhlas dari Hati"
menceritakan maksud d hati...
bait kata ku semakin kaku
mengenangkan hamba yang dhaif
....................................................
aku merenung jauh masa lampau ku....
penuh dengan noda dan dusta.....
lemahnya iman tidak terbendung
dek nafsu menguasai hati....
hari ku semakin larut..
hanyut ku semakin jauh...
aku leka dalam angan ku yang belum pasti!!
..................................................................
dimalam sepi, tangan ku lancar menaip warkah buat dia. jantung ku berdegup kencang.dup dap dup dap....
"Ya Allah, benar kah tindakan hamba ini" doaku dalam hati..aku yakin Allah mendengar segala resah di hati.
ku tarik nafas sedalam dalamnya.huh!! alhamdulillah, sedikit lega. warkah tadi selesai ku coret. senyuman tenang terbit di bibir tanda puas dalam sepi. namun, kudrat untuk aku menghantar warkah tersebut sangat lemah. aku masih tidak kuat dengan keputusan ku. akhirnya aku ambil keputusan untuk menyimpan warkah tersebut. Hari-hari ku lalui di hantui dengan perasaan yang belum pasti. Allah la menjadi pendamping utama ku di kala hati yang kosong gunda gulana. ku cari teman berkongsi pendapat, agar keputusan dapat ku bentuk. "aku perlu bertanya pendapat teman sejenis!" azam ku dalam diam. luahan ku berbentuk bunga mendapat perhatian yang cukup dari teman-teman ku. "kawan, istiqarah la kau, moga Allah memberi petunjuk buat mu" pesanan teman terngiang-ngiang di telinga ku. Di sepertiga malam, aku sujud menyembah pada yang Satu, mengharapkan belas kasihan dariNYA, mohon petunjuk agar berada di jalan yang benar.
"ya Allah.... jika benar tindakan ku ini, tunjukakn lah aku jalan keluar dari belenggu kerisauan, kuatkan aku meneruskan rancangan ku, dan dampingi lah aku di kala sepi. aku mohon ya Allah, beri aku petunjuk jalan yang benar"!!
doa ku dalam sujud, terus berdoa dan mohon petunjuk. keyakinan ku semakin kuat, sebulat keputusan ku simpul rapi. Alhamdulillah, berkat doa dan pendapat rakan, akhirnya warkah ku utus!...
Di malam sepi, aku bangun menghadap yang Esa. muhasabah menginsafi diri. dengan kudrat yang lemah, jari ku terus menghantar warkah buat dia. "Bismillahirahmanirrahim" SEND! huh! agak lega sedikit. perasaan menganggu ku semakin kurang. kini ku pejam mata dengan lena.-_-
Namun, ku sematkan dalam hati, agar menerima segalanya dengan pasrah. Ketentuan Allah adalah sebaik-baik perancangan. Walau jawapan yang ku terima amat memeritkan, aku akan tersenyum dengan kebenaran ;)
apa pun aku redha!!
~jika dia benar untuk ku, dekatkanlah hati ku dengan hati nya, jika dia bukan milik ku damaikan lah hati ku dengan ketentuan MU~
wassalam....
26 Okt 2010
Rayuan Nurani- Saff One
di mana...
dimana...
ku berada...
dimana...
dimana...
kah diri ku...
ya Allah...
jgan la kerana kelemahan ini..
aku jatuh dalam mainan syaitan,
jangan la kerana nafsu ini...
aku menjadi hamba pendosa....
kuat kan aku dalam kegoyahan iman ini....
~dalam keterasingan ruang sepi,
aku pasrah pada-MU~
22 Okt 2010
Segenggam tabah
~bertali arus dugaan tiba
menakung sebak air mata
namun tak pernah pun setittis
gugur berderai ke pipi~
Segenggam tabah
~bertali arus dugaan tiba
menakung sebak air mata
namun tak pernah pun setittis
gugur berderai ke pipi~
19 Okt 2010
kecuaian ku!!!
"kamu nie abidah, slalu silap! letak nilai pon blh silap, cmne nie? dh terang2 kt ctu 8000, awak g ltk 800 nape?awk rabun ker? cmne nie?? kamu nie cuai" aduh!! kata2 Pn Zilhaya btol2 menghempap tliga ct kali nie.rase cm nk nagis pon ada.waaaaa!;(
cmner ntah ct boleh tersilap..owh, ct xtau nk ckp cmner dh..yg pasti nyer nie mmg salah ct, mmg ct cuai..
lepas 1 masalah tadi, timbul lagi masalah lain...HP ct hilang!! aduh ase cm nk sepak jer diri nie.nape la cuai sgt!!
ct pon menggelupor carik.call punye call tetiba ada org jawab..eh! pelik? org tu siap gelak2 lagi...ble dgr sore, cm kenal jer..upah2nyer member klas ct gak yang ambik.dorg sje kena kn...perhh!! mmg hangin la ct! org dh tention sbb hal lain.downg blh plak bergurau senda cmnie..kn dh kena marah ngn ct..(hehe;p sori erk kengkawan teremo skit tadi)....
ya Allah....
jangan la Engkau hukum aku
dengan kecuain dn kesilapan ku...
bantulah aku keluar dari semua kesulitan dunia....
kuatkan aku dalam menempuh setiap ujian MU
pelihara lah setiap bicara dn tingkah laku ku
agar tidak aku melebih dari apa yang Engkau murkai...
sesungguhnya hanya Redha dan Rahmat MU
jua yang aku harap kan...
Amin yaRobala'lamin...-_-
15 Okt 2010
Melly Goeslaw - Haramkah (ost ketika cinta bertasbih)
haram haram kah aku
bila hati ku jatuh cinta
Tuhan pegangi hatiku
biar aku tak jadi melanggar
aku cinta pada dirinya
cinta pada pangdang pertama
sifat manusia ada pada ku
aku bukan Tuhan
*haram haram kah aku
bila kau terus menantinya
biar waktu berakhir
bumi dan langit berantakan
** aku tetap ingin dirinya
tak mungkin aku berdusta
hanya Tuhan yang bisa jadikan
yang tak mungkin menjadi mungkin
*** aku hanya ingin cinta yang halal
di mata dunia juga akhirat
biar aku sepi aku hampa kau basi
Tuhan sayang aku
aku hanya ingin cinta yang halal
dengan dia tentu atas izinya
ketika cinta bertasbih
Tuhan beri aku cinta
ku menanti cinta...
^_^
13 Okt 2010
bercouple b'lndaskan islam cma dlm khayalan~
sekadar berkongsi~
renung-renungkanlah...
tidak terlambat untuk kita bertaubat, selagi asih ada nafas
selagi tu la pintu taubat masih terbuka(insyaAllah)
video ini tiada kaitan dengan sesiapa pun.
hanya renungan bersama.
semoga mendapat syafiat...
~usah risau tentang JODOH~
waallahualam....
12 Okt 2010
Allah selamatkan kamu!!!
kenangan raya09. ^_^
Allah selamat kan kamu! Allah selamat kan kamu!! Allah selamatkan abah kami, Allah selamat kamu!
mari semua nyanyi tuk abah ct befday beliau yang ke 45thun.semoga Allah rahmati abah dan tergolong di kalangan org2 yang beriman.amin..^_^
jugak x lupa pada adek manis ct, Johara Nadia yg ke 14 thun.moga ia mnjadi anak yang solehah! "hepu befday buyang"!! hehee;p
ucapan buat abah
abah....
sepanjang umurku
tidak pernah aku merasa kekurangan
dengan kasih sayang mu dan didikan mu...
penat lelah mu mncari nafkah
mnjadi inspirasi pada ku untuk
aku lebih berusaha....
abah.....
mungki aku pernah menguris hati mu
dengan kata kata ku serta tindakan ku yang melampau...
aku tahu kedewasaan ku tidak akan terlepas mnyakiti mu..
teguran mu akan aku jadikan pedoman hadapan....
waalupun hati nie keras untuk di lentur..
namun, ketabahan serta kesabaran mu dalam mebesarkan aku
akan membuahkan hasil...
pesanan mu terngiang ngiang d telinga ku
tatkala kau melepaskan ku pergi
"jaga diri, jaga maruah, jaga solat mu anak"
kini, setiap bait kata mu akan ku genggam!!
~selamat ulang tahun kelahiran abah yang ke 45 tahun~
dan buat adek manis yang bertuah, kerana tarikh lahir yang sama ngan abah.
~selamat ulang tahun kelahiran yang ke 14 tahun~
jadilah anak yang solehah.
berbakti pada ayah bonda.
kenanglah budi d mana pun kau berada,
pelihara lah solat mu dan maruah mu...
maruah keluarga terletak di tangan mu!
9 Okt 2010
Ustaz Kazim Elias - Apa itu Cinta
mari mengenal makna cinta sebenar....
semoga ianya menjadi pedoman buat diri dan semua...
WaAllahualam...;)
8 Okt 2010
Hijjaz-Kawan
kawan.....
apa lah yang kau kesal kan...
kerna Tuhan kau kehilangan kawan..
kerna kebenaran kau di hina..
janganlah kau ragu dalam keimanan....
gaduhhhhhhhhhhh!!!!!!
ya Allah, kuat kn aku mghadapi semua nie....
hamba mohon kekuatan, petunjuk dan hidayah MU...
agar hamba terus berada d jalan Mu,....
ct sedih sgt bila antara perempuan nie bergaduh sebab kan hal kecik....
ct bukan nk salahkan sesiapa dalam hal nie, tapi yang jelas
bergaduh atau bertekak suara bukan la cara yang manis untuk wanita yang bergelar muslimah....
alhamdulillah, atas dasar kemanusian dan budi bicara masalah pergaduhan ini dapat juga di atasi...
walaupun agak segan jugak bila di pandang dek jiran rumah...
ye la, yang bergaduh tu semua pompuan, pastu student plak tu.yang berpelajaran dan berpendidikan....
tapi bergaduh macam tidak bertauliah(maaf la lau bahasa nie agk kasar)....
ct harap perkara nie tidak berulang lagi....
rasa nyer belum terlambat andai kita bermaaf maafan....
pesanan umi: "balas lah keburukan seseorang dengan kebaikan, nescaya Allah akan membalas seribu kebaikan untuk mu"... ^_^
~dalam keterasingan ruang sepi,
aku pasrah pada-MU~
4 Okt 2010
account,account,accont!! waaaaaa;(
2 Okt 2010
Mentari Hidup
kala senja itu tiba ku termenung sendirian
terasa diri ku ini jauh dari rahmat Tuhan
dosa yang aku lakukan menerja ruang fikiran
masih kah ada untuk ku keampunan
gelap rasa dunia ini tanpa cahaya Ilahi
baru kini ku sedari jalan yang aku lalui
memusnah pedoman hidup melempar hati ku kini
ke lembah kehinaan......
dalam kegelapan itu terbit cahaya dari MU
memandu hambu MU menuju iman
menginsafi diri dengan ketaqwaan dan kesabaran
Kau terangi jalan ku menuju syurga MU
dan kau tunjuki dengan hidayah MU
hanyalah pada MU ku hadapkan diri
mohon keampunan......
"wahai yang Maha Pengasih,
bantulah hamba mu ini
yang kian terumbang ambing
di dalam arus duniawi
ku berdoa kepada MU
memohon limpah rahmat MU
mentari hidupku kan bersinar kembali"
~moga diri di dalam keampunan~
24 Sep 2010
SITI MUSLIHA hujan air mata 95'
"usah la diri ini di beza kan
usah la diri ini di sisihkan
kita semua di pentas dunia yang sama"....
~ sayu jer hati bila dengar lagu nie~
pengayanyi kanak-kanak istimewa ^-^
18 Sep 2010
kembali berjuang
alhamdulillah segala nikmat dan hikmah yg Allah kurniakan d spnjang syawal ini...
namun, perjuanagn belum selesai! esok ct akan kembali ke JB (Politeknik JB)
setelah 2 minggu bercuti. walaupun keriangan raya masi tersisa, namun tugasan2 ttp jua di laksanakan.
tak semua assgment ct dpat siapkan.huhu;p nampaknya lps nie bertungkus lumuslah aku mnyiapkannya....
oH..sukar!!!~ nie la padahnya buat keja last mint...hehe;p ' Peace'
"moga diri ini terus tabah dalam mengejar ilmu di perantauan"
~ dalam keterasingan ruang sepi,
aku pasrah pada-MU~
8 Sep 2010
rindu Ramadhan
~ku mengharap kan Ramadhan kali ini penuh makna
agar dpt ku lalui dgn sempurna~
lirik lagu ini sungguh syahdu bla mendegarnya,
namun laksanakan ianya dengan takwa dan iman
amat berat hati ku memikulnya..
Ya Allah...
jika ini adalah ramadhan ku yang terakhir
terima lah amalan ku yang hanya setitis amalan...
Ya Allah...
mohon hamba keberkatan dan kerahmatan
di dalam hamba menjalani ramadhan dan bakal menyambut syawal....
mohon hamba kemaafan dan keampunan atas alpa dan khilaf hamba
Ya Allah...
rindu ku pada Ramadhan ini...
kerana kemulian dan kehebatan bulan ini
moga ramadahan ku mnjadi satu amalan yg Engkau terima dan Redhai...
^_^
2 Sep 2010
sampai suda...
agak lama jgak la kn ct tak update blog nie.(lma ker?) hehe;p
apa yg blh ct ckp kt cnie...yg ct hepiiiiiiiii sesgt sbb dh smpi sabah....
aduh terasa rindu nya..hehe;p
dan yg bestnyer ct blh la berbuka n sahur ngn family ct kt sabah, setelah 2 tahun ct mnjalani ibadah puasa nie di rantauan..huhu..cm lama jer kan..ahaa;p
ok, sementara ct bohsan2 menunggu nk blk sandakn ne..meh la kita sama2 bt ibadah lain atau sunat..
......bersambung......
7 Ogo 2010
selesai sudah.~Alhamdulillah~
assalammualaikum dan salam keamanan buat saudara2 seislam sedunia...
alhamdulillah akhirnyer selesai jugak assignment GP(Geografi Pelancongan) kitorg kt K.L..(research attraction place in KL)..syukran2~
nie je gmbar2 yg mampu ct upload...
yg bangge tu kemna je kitrg pegi buku GP tu x pena tggal..cik mira tgk msti bangge.hehe;p
"bagi markah penuh ek cik" hehe;p
(Al Fatihah)
meh semua dok diam2 n dengar..(cewah!!, hehe;p)
prjalanan mnuju ke KL...
teruja tidak trkata..( trsa bangga d situ)..
coz nk wt assgnmt GP...dpt lak mengenali kwn2 bru dgn lbh dkt di smping dpt cuci mata g tmpt org kn, so rse sgt truja wt kli keduanya.hehe;p...Bkn sng nk g kl nek kate tmbh2 lg bknnye kteorg ni tau jln sngt..di tmbh plak rakan2 yg mcm2 ragmnye..mmm..as soon as possible la kn..pglmn menyeronokkn apbla dari trip ni dpt mengenal erti kesshn n dunia yg sbnr..
First day, pegi umh mk cik mmber kt selayang, agk ssat2 gak la nk g umah dia kn..rase jimat gak la tmpg umh org ni.hehee;p (time kasih makci)tmbh lak umh nursery.ramai baby comel2..hehee;p.
PENGEMBARAAN BERMULA...jeng..jeng..jeng!...(wah!!)
2 hari siapkn keja (research tmpt2 menarik)
nie senarai tmpt yg sempat kami pegi...
1- KLCC
2-DATARAN MERDEKA
3-MASJID NEGARA
4-MUZIUM KESENIAN ISLAM
4-TUGU NEGARA
5-TAMAN TASIK PERDANA
tu je la tmpt2 yg smpt kitrang pegi..
harapan: semoga cik mahirah bagi markah penuh..hehee;p
angan2: nk pegi lagi tmpt2 menarik, tp tggu dpt wet bnyk la..hehee;p
hah! nie plak tmpt yg kitrg x smpt pegi...
d sbbkn bnyk buang mase cari jln n sesat...mmm~
1-ZOO NEGARA
2-MUZIUM NEGARA
3-SUNGAI CONGKAK(x smpt nk mndi2, sedey..)
4-TAMAN RAMA2, N TAMAN BURUNG
5-PETALING STREET
6-BUKIT BINTANG
bnyk kn kitrg x smpt pegi..xpe2, t kita pg lg erk kawan2..hehee;p
25 Jul 2010
andai itu pilihan nya
24 Jul 2010
Devotees - Mahar Cinta (Ketika Cinta Bertasbih) KCB
3 Jul 2010
teman baru, hidup baru~
assalammualaikum saudara2 semua...nmpknyer Rahmat dan rezki Allah x pena putus. syukran!!
bertemu lagi ngn "TEMAN BICARA" (teman sepi ku)
maaf lah, lau tajuk nie xdek kaitan ngn perkara nie..hehe;p
sjak kebelakangan nie, ct x bape sihat.tenaga ct amatlah terhad, buat keja skit ct dh lelah.so, ct ada teman baru sekarang..hehe;p tu dia, cik haler kembar
dan yg paling bt ct terharu, ble tiap kali g klas k.myra akn jerit dr ats(bilik) "ct!! cik halernyer jgn lupe bawak!" haha;p tu la kata2 k.myra sblm gerak pg kelas..ye la, k.myra dh fobia ble tetibe je ct lelah kt klas, then x bawak cik haler mnyebab kn ct trs d kejarkn ke hospital pasir gudang..k.myra plak x henti2 nangis, "relax la akak, ct sakit kjap je, jap lg ok la tu"..ehhee;p kata2 nie sring ct nk ucpkn pda k.myra ble sakit, tp x kesampaian...
terima kasih kak, sbb jaga ct smpnjang ct sakit.akak bnyak bg smngat n slalu ingtkn mkan minum ct..toce2...huhu;p
hah! ct nk citer gak, x kisah la nk dgr ke tak..haha;p
smlm pas isyhak kitorng g mkan kt luar,restran Abang Koboi haha;p kitrng slalu bli mkanan kt ctu, tu x pntg yg penting ct puas dpt minum teh tarik 2 gelas..haha;p sejak bla ct suka teh tarik pon xtau lah..hehe;p tp yg pntingnyer hajat ct nk mnum teh tarik trcapai jua..huhu;p
peh! x cukup minum segelas..haha;p
29 Jun 2010
Menanti Cinta - Kris Dayanti Ost. Ketika Cinta Bertasbih
"tuntun hati ku dalam sabar menanti jodoh ku"
geografi pelancongan~
syukur atas nikmat kesihatan dn kesehjahteraan yg melimpah ruah..SYUKRAN!~
hari nie klas cme stgh ari jer so, ct ada msa nk membebal kt "TEMAN BICARA"(Teman, temani ku dlm sepi)...
"hari ni saya nk kamu buat peta malaysia dlm masa 10 mnt dgn lengkap"! tu la kata2 cik Mahira yg mmbuatkn 1 klas trkezott!..hahaa;p mklumlah sume dh lupe n lali psl peta MALAYSIA nie, negara kembanggaan ku!~(ceh)
so, nk djadikan cerita...
walupon subjek GEOGRAFI PELANCONGAN nie, xdek kaitan ngn kos yg kitrg ambik, tp buat masa nie kitrg(saya mewakili klas) sgt suka pda subjek nie, SEBABbbb.....jeng, jeng, jeng..!!(hehe) kitorang akn buat assigment smbil melancong!!~ wah!! hepi 1 klas ble dgr psl melncong, dgn free..cik Mahira akn fkrkn tmpat dn masa yg sesuai tuk kitrg pegi...hehe, x sabar rasenyer... tp tuk assigmnt ke dua kitrg kena gne duit sndiri plak...mmm, xpelah, bla lg nk pg melancong smbil belajar..hehe..
stlh kami2(kumpulan guRlzz) brbincang, nmpknyer kami akn pg melawat MELAKA @ SABAH!!~
mgikut baget lah..hehe;p maklum lah, PT pon x kuar lg nie,ADUHH!!~
sbnarnyer, ct nk pg melaka, smbil brcuti buat assgment leh lawat kengkawan kitrang yg trbuang kt poli Melaka tu..hehe;p "tggu kedatangan ku n k.myra"!!
tp nmpknyer gurlzz2 nie nk sgt pg Sabah, ok.. nnt kita prtimbangkn ye kwn2 ku, kite kena tgk baget dlu, ye la nk g sabah tu bkn leh nek belon free..huhu;p
ok lah, setlh skian lama dri nie brceloteh, mari kte sesama mghayati peta MALAYSIA nie..hehe
27 Jun 2010
aneka cerita
19 Jun 2010
welcome back!!
alhamdulillah, perjalanan selama 6 jam, sandakan to kota kinabalu selamat...
walaupun cuaca kuarng baik..
ct xde idea nk membebal pnjang2, cmanya nk nk kongsi perasaan yg nervos nie(hehe)
sok, ct akn kembali ke semananjung n kali nie ke johor bahru...
mgkin nie hnya prkara base, tp tidak pd ct..hehe;p( yg bestnyer, k.maira tgh tggu kedtgn ku)
mgkin perjalanan ct pasnie lg mencabar n ct harp sgt spya ct kuat n tabah d rantau org~
dan ct akn sentiasa merindui fmly ct!!waaaa;((
"ct ckp bangga n kagum pda hamba-hamba yg tabah mnuntut ilmu di rantauan tnpa keluarga trdekat, hanya berbekalkn tawakal n doa restu dr makayah atau saudara2 shaja hamba2 Allah nie msh lg trs tabah menuntut ilmu"SYUKRAN!!
~Dalam keteransingan ruang sepi
aku pasrah pada-MU~
9 Jun 2010
akhirnya!!~
salam ukhuwah buat saudara seislam sedunia, dn salam keamanan buat saudara d palestin moga kalian dlm lindungan Allah SWT...
setelah sekian lama ct mnuggu utk keputusan prtukaran poli..akhirnyer ct dpt jugak kt Politeknik Primier Johor Bahru..
mgkin nie berita gembira bt k.maira, dan ct???
gembira ker?? sedih ker??
mmm, setelah di pkr2kn, ct cma sdih sbb brjauhan lg ngn famly.mgkin pasnie ct kena lbh kuat n tabah. n gembira sbb dpt teman kn k.maira(k.maira nie hadiah bt akak).d harap kita dpt menempuh perjalanan perjuangan selama kita brada di rantauan....
so, ct kembali kpd plan ct yg pertama...
18/6/2010 = brtolak ke kota kinabalu.menaiki bas, perjalanan selama 6 jam.
19/6/2010 = flight ke JB. berlepas pd pkl 6.30pg n di anggarkn smpi pda kul 9.30pg.prjlnan dlm 3 jam. smpi JB jer trs jmpa k.maira n bertolak ke pasir gudang tuk cari penginapan satu mlm. sama ada tumpang umah org yg x knl atau sewa hotel tuk 1 mlm.kputusan d buat stlh smpi JB..
semoga sepanjang perjalan kami di rantauan di dlm lindungan Allah SWT...
20/6/2010 = cari rumah sewa, sementara dpt asrama. di harapkn rayuan kami untuk tggl d asrama d terima.( X snggup byar sewa umah RM100 sebulan)huhu, sngt la memedihkn!~
*jauh perjalanan - luas pemandangan, bnyak pengalaman*
~dalam keterasingan ruang sepi,
aku pasrah pada-MU~
31 Mei 2010
DOA BUAT SAUDARA D GAZA
30 Mei 2010
santai..
11 Mei 2010
sebuah duka...
8 Mei 2010
buat mu umi...
umi...
umi...
umi...
umi...
umi...
terima kasih umi!
Cintan Cintun...^_^
CINTA yang bukan sekadar membius kewarasan minda.
Tetapi CINTA yang akhirnya mengheret ke dalam
ke sesatan yang nyata...